Hidup dan Persoalan



Dunia adalah tempat ujian. Ia dipenuhi pelbagai liku dan fitnah. Tanpa petunjuk dan ketelitian dalam mengatur langkah kehidupan, seseorang akan terjerumus ke lembah kerosakan yang akan membinasakan dirinya.

Jiwa manusia sentiasa mencari kebahagiaan dan ketenangan dalam hidupnya. Namun, ramai yang tersasar dalam langkah mereka untuk mencapainya. Atau mereka berjaya mengecapinya, tapi hanya seketika sahaja. Kerana jalan yang dipilih tidak berlandaskan petunjuk al-Quran Sunnah Nabi SAW. Justeru, untuk mencapai hakikat kebahagiaan dan ketenangan yang hakiki, kita perlu kembali kepada Allah, memahami siapa kita dan rahsia-rahsia di sebalik penciptaan diri kita serta arah tuju yang perlu dilalui. Mudah-mudahan kita selamat daripada tipu daya dan fitnah yang datang dari pelbagai arah.

Saudaraku, Persoalan hidup saudara, saudara yang perlu menentukannya. Sama ada saudara hendak ke syurga atau ke neraka.





Jangan biarkan orang lain yang menentukan. Jika ada manusia yang membantu saudara, maka bersyukurlah. Tetapi jika tiada orang yang membantu, saudara mesti bangkit mencari jalan untuk keselamatan diri. Jangan hidup seperti pokok dedalu yang tidak mempunyai tapak sendiri untuk hidup atau seperti pohon yang selalu perlu disirami. Jadilah seperti sang burung yang terbang mencari rezekinya sendiri kerana hidup mengharapkan orang lain adalah kehidupan manusia yang dayus.

Wahai saudaraku,dirimu adalah rahsia Allah, tiada yang mengetahuinya melainkan orang yang berilmu. Mengenali diri adalah pembukaan pada rahsia alam ghaib yang tinggi.

Ramai manusia yang telah buta dan tertipu dengan pandangan basyariah. Mereka tidak dapat melihat hakikat di sebalik kehidupan. Jiwa dinodai dengan cinta dunia, Tuhan dibelakangi dan akibatnya hati terhijab dengan cahaya kebenaran. Hati tidak berfungsi sebagai alat menerima hidayah, hati tidak menyelami rahsia makrifat dan akhirnya hati menjadi mati untuk iman.


Jadilah mujahid dan mujahidah yang kuat kerohanian dan seorang yang kuat berfikir serta berusaha membangunkan kekuatan Islam di mana saja kita berada. Mujahid/mujahidah Agama ialah mujahid/mujahidah yang kuat kerohaniannya, bijaksana, menguasai kemahiran ilmu dunia, memahami musuh, penuh strategi, sentiasa merancang dan bergerak pantas apabila berlaku krisis. Fokuslah kepada musuh yang besar iaitu Yahudi dan kuncu-kuncunya. Tiada masa untuk kita bermain-main atau bergaduh sesama sendiri pada abad ini. Berlapang dadalah dengan segala perkara yang bercanggah sesama Islam, kumpulkan tenaga untuk merancang dan mengatur strategi berhadapan dengan musuh yang besar dan menggunakan seribu satu tipu helahnya untuk menghancurkan Islam dan umatnya.
 
.
Read more>>

PERCAYALAH sesungguhnya Allah menyayangimu

D 
Memang hidup ini tidak akan pernah sunyi dari setiap dugaan dan ujian.
Apa yang boleh saya katakan, sebagai umat Islam seharusnya kita yakin
sesungguhnya setiap cabaran dan ujian hidup itu adalah bukti kasih
sayang Allah terhadap kita.



Berdasarkan dalil daripada ayat 15-17, surah al-Fijr, kita harus fahami bahawa setiap kenikmatan dan kelapangan yang diberikan itu BUKAN bermakna Allah telah memberikan kemuliaan. Dan setiap orang yang diberikan ujian dan cubaan itu BUKAN bererti Allah telah menghinakannya. 

Ibnu Qayyim dalam mensyarahkan dalil daripada ayat-ayat tersebut menyatakan golongan pertama itu sebenarnya telah diuji dengan beberapa kenikmatan dan golongan yang kedua itu pula telah dimuliakan dengan diberinya cubaan dan ujian.

Apa yang penting bersabar dan bermuhasabahlah selalu kepada Allah swt. Setiap orang yang beriman pasti akan menerima cubaan. Yang pasti, setiap ujian itu akan sentiasa kita alami sepanjang hayat, cuma tahap dan bentuknya mungkin berbeza-beza.

Sebagaimana yang diriwayatkan dari sebuah hadis, Saad bin Abi Waqqas pernah bertanya kepada Rasulullah saw., ”Siapakah orang yang paling berat cubaannya ?”

Jawab baginda:



"Di antara orang-orang yang paling berat cubaannya ialah para nabi, kemudian mereka yang seumpama dan seterusnya. Seseorang itu diuji sesuai dengan kadar agamanya. Jika dia mempunyai kekuatan dalam agamanya, maka beratlah ujian yang diterimanya. 


Sekira agamanya lemah, tentu dia akan diuji sesuai dengan kadar agamanya. Ujian akan selalu datang menimpa seorang hamba selagi dia masih berpijak di atas bumi, dan sehingga tiada lagi kesalahan padanya.”
(Riwayat Tirmizi)

Setiap kali diuji, walau seberat manapun cabarannya, ketahuilah... ianya akan menjadi kayu pengukur yang menentukan keteguhan iman seseorang.

Pelbagai ujian dan dugaan yang diterima itu, adalah bukti kasih sayang pencipta terhadap hambaNya. Dan juga untuk memastikan kita semua memiliki iman yang lebih kuat selepas berjaya menempuhnya dengan penuh kesabaran.

Imam Ghazali ada menulis di dalam kitabnya Mukasyafah Al Qulub,”Sesungguhnya bala merupakan pelita bagi orang arif, menyedarkan orang murtad, memperbaiki orang mukmin dan menghancurkan orang yang lupa. Tidak seorang pun akan mendapat manisnya iman sebelum dia ditimpa bala, rela dan
bersabar.”

Selain bersabar. Apa yang paling penting ingatlah Allah dan berdoalah selalu. Doa itu adalah ubat yang paling mujarab. Menurut Ibn Qayyim di dalam kitabnya Ad Da’ Wad Dawaa’, “Doa adalah musuh segala bencana. Ianya dapat menolak malah dapat menghilangkannya. Ataupun sekurang-kurangnya doa itu akan dapat meringankan segala bentuk musibah yang datang.”

Sesungguhnya berdoa itu adalah senjata orang mukmin. Sebagaimana sabda Rasulullah saw yang diriwayatkan oleh Al-Hakim di dalam kitab sahihnya yang berasal dari Ali bin Abi Talib ra., sabda Rasulullah saw,


Doa adalah senjata orang mukmin, tiang agama dan cahaya langit serta bumi.” 

Akhir sekali, cuba baca perlahan-lahan dan hayatilah sabda Rasulullah saw dibawah yang maksudnya cukup indah dan mendalam sekali. Semoga ianya serba sedikit boleh menjadi penawar ataupun sekurang-kurangnya memberi sedikit suntikan kekuatan untuk kita di dalam menempuh apa saja ujian yang datang.

Janji Allah dalam sabda Rasulullah saw, “Tiada seorang Muslim pun yang ditimpa sesuatu yang menyakitkan berupa penyakit atau lainnya, melainkan kerananya Allah akan menghapuskan keburukan-keburukannya sebagaimana pohon yang menggugurkan daun-daunnya.” (Hadis Riwayat Bukhari)

Semoga kita semua sentiasa bersabar, mengingati Allah dan berdoa selalu di dalam menghadapi apa saja bentuk ujian yang mendatang.

PERCAYALAH sesungguhnya Allah menyayangimu…











Read more>>

Rintihan Dalam Munajat




Senja usia melamar diri

Biarpun masih muda

Namun bukan jaminan

Untuk tidak kembali padaNya



Lautan yang tenang bisa ombak mengganas

Inikan pula manusia kerdil

Yang begitu rakus meratah dunia

Ada apa dengan dunia?

Sehingga kita terpana

Dengan sedikitnya nikmat Tuhan

Kelalaian menerjah

Tatkala gagah menguasai diri

Sukar sekali melawan nafsu


Apa nasibku Tuhan,

Tika aku dipanggilMu pulang

Membawa bekalan apa

Setelah Engkau memberiku kehidupan

Gembirakah aku dijemputMu

Atau kehidupanku menjadi ngeri di sana



Erat genggaman azam

Untuk memperbaiki diri

Namun khuatir

Apakah nasib di penghujung

Sedang Hidayah milik Tuhan



Bisikkan pada hati

Milik Tuhan kini selamanya

Jangan sombong sujud menyembah

Pohon doa husnul khatimah





Read more>>

Mengapa MenanGis




Lahirnya manusia bermula dengan tangisan. Tangisan itu juga menggembirakan orang keliling mereka. Tidak pernah pula ibu bapa bayi itu menangis melihat anak mereka menangis. Tidak juga mereka berasa bersalah bila merasa gembira melihat satu tangisan.

Demikian tangisan bayi itu amat diperlukan sebagai bukti normal dan selamat nyawanya. Alhamdulillah. Bila kita mula meniti usia dewasa, tangisan kerap dikaitkan dengan kekecewaan. Ianya bagai satu kemestian pula. Terkadang menjadi satu luahan. Dalam keriuhan dan diam ada tangisnya. Diam atau meriuhkan keadaan tangisan adalah kemestian. Kita akan menangisi kegagalan kita. Malah air mata juga gugur bila kita gembira.

Read more>>

Hidup


Bismillahirahmanirrahim..Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..
Sesungguhnya Ya Allah..





Hamba mohon pertolongan mu..Kuatkan hati hamba dalam segala apa yang hamba lakukan..kuatkan hamba dalam menempuh liku-liku kehidupan ini..  malam ini..hamba sendiri tidak tahu apakah sebenarnye yang hamba ingin berkongsi dengan anda..jari jemari terus menaip tanpa arah dan tujuan..Apa yang hamba ingin kongsikan melalui pengalaman hidup hamba sendiri sebagai  seorang hamba tuhan..Sudah 19 tahun hamba hidup dan bernafas di muka bumi tuhan ini..


Alhamdulillah,,Syukur ke hadrat illahi  kerana hamba masih lagi bernafas di bumi ini. Kiranye hamba ini insan yang cukup bertuah...Esok??Bagaimana pula dengan esok ..hamba tidak pasti...Andainya nafas ku terhenti disini,hamba mohon Allah telah mengampuni dosa-dosa hamba.. Dosa yang telah banyak hamba lakukan padamu ya Allah..masya allah.

Hidup sememangnya penuh dengan dugaan dan cabaran..Pastinya pelbagai dugaan dan rintangan yang harus kita tempuhi dalam hidup ini..tidak semestinya kita akan sentiasa berada diatas..adakalanye kita tersungkur dan kemudian berada dibawah..Hidup ini seperti putaran roda..itulah kehidupan..Bagaimana dengan hari-hari akan datang???semuanya dalam genggaman Nya..




Hidup tak selalunya indah..langit itu tak selalunya cerah..  hamba ni ini hamba mu ya allah..tatkala hamba jatuh..hanya allah sahaja yang mampu memahaminya..sedangkan manusia lain tidak mengetahui apakah  yang sebenarnya tersurat  dan tersirat dalam hati hamba ini.  Sememangnya tiada seorang yang tahu..jiwa hati hamba serta tangisan hamba mu ini tidak seorang pun yang tahu..

Hamba akui, sememangnya hamba lebih suka memendam rasa..hamba yakin hanya tuhan sahaja yang mampu membawa hamba..hanya allah sahaja yang tahu episod kehidupan yang  hamba lalui..penuh dengan liku..Maka hamba mohon agar ALLAH MEMUDAHKAN PERJALANAN HIDUPKU..hamba mohon allah memberikan hamba kekuatan dalam diri..

bgi ku..hidup bukan semudah a b c..selama 19 tahun hamba hidup didunia hamba rasa pelbagai cabaran harus ditempoh..sememangnya di alam remaja ini bagiku bukanlah zaman untuk bersuka ria..zaman untuk mencuba segalanya..tapi di alam remaja inilah kita mampu membuat pilihan jalan mana yg harus kita ikuti..kerana apa yang kita lakukan sewaktu di alam remaja ini...sikap kita sewaktu di usia remaja   ini terutamanya kita akan kembali pada saat kita tua nanti.  Oleh itu, peliharalah jiwa,peliharalah hati agar kita sentiasa berada dalam mengikuti jalan orang2 yang benar....


Hari Ini Tiada Senda Dalam Bicara
Deru Air Mata Merupakan Segalanya
Sang Hati Bicara Sendiri
Bangunkan Ummah Bina Generasi

Di Bumi Yang Bertuah Ini
Diriku Mula Mengenali
Matlamat Hidup Sebagai ‘Abdi
Kepada Allah, Allahu Rabbi

Diriku Kini Sebebas Unggas
Terbang Riang Di Angkasa Raya
Menyanyi Merdu Irama Kalbu
Indahnya, Indahnya, Oh Indahnya

Wahai Generasi Dengarlah Pesanan Ini
Bumi Ini Bumi Bertuah
Suburnya Sesubur Tanaman di Lembah
Melahirkan Insan Berjiwa Tabah

Kutiplah Mutiara, Mutiara Indah
Untuk Bekalan Diri Berpindah
Sebelum Jejak Kaki Melangkah
Sebelum Penyesalan Membawa Padah

Sahabat Seperjuangan
Usah Digentar Musuh Di Hadapan
Pandanglah Di Depan Balasan Tuhan
Syurga Firdaus Menanti Kalian

Teruskan, Oh Teruskan
Perjuangan Menegak Kebenaran
Di Dalam Kebungkaman Akhir Zaman
Selagi Hayat Di Kandung Badan

Wahai Teman Seperjuangan
Dengarlah Harapanku Ini
Pohon Untukku Dalam Doamu
juang Islam Yang Satu



Read more>>
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
"Tidak ada anugerah yang lebih baik selain peroleh sifat sabar." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

up