muhasabah diriku yang Sering terleka


Mengapa saya berbicara mengenai cinta? Fikir jap..


Setiap orang ada persepsi tersendiri mengenai cinta. Sekiranya dahulu saya sentiasa terdengar dalam ceramah atau nasyid etc..'cinta illahi itulah cinta yang hakiki'. Mungkin dahulu belum cukup matang untuk mentafsirkan apa yang dimaksudkan dengan hakiki?
Hakiki? Hmmm…
Tidak mati?
tidak akan meninggalkanmu? setia?
tidak akan pernah mengecewakanmu?
Tidak akan pernah jemu denganmu?
Mendamaikanmu?
Menenangkanmu?
Memberi semangat dan menguatkanmu?
Ya..saya rasa itulah yang dimaksudkan dengan cinta Allah, pemilik segala cinta. Berdasarkan pemerhatian saya manusia itu sangat mendambakan cinta dari manusia. Mengapa? Adakah kita tidak yakin untuk berharap kepada cinta Allah semata? (bertanya kepada diri sendiri..)







Cinta bukanlah untuk memiliki kerana hati manusia itu adalah milik ALLAH semata dan Allah sahaja lah yang layak memiliki cinta manusia. Ya, Allahlah penguasa cinta. Dia berhak memberi dan berhak menarik semula cinta. Sedang sang suami dan sang isteri boleh terpisah kerana hilangnya cinta, boleh jadi yang dicintai itu menemui ajalnya terlebih dahulu dan boleh jadi sang penulis ini sendiri yang dijemput terlebih dahulu. YA, bukan untuk DIMILIKI…bila2 sahaja Allah berkuasa untuk mengambilnya.

Cinta itu sememangnya fitrah..namun HATI2lah kerana jalan yang mengundang ke arah FITNAH itu sangat banyak dan syaitan itu sangat licik untuk menipumu.

Saya selalu terfikir, adakah iman saya cukup kuat untuk menghadapi cinta sebelum nikah ini?
Adakah saya cukup kuat untuk menjaga hati dan pandangan?
Adakah saya sendiri boleh terjerumus dalam perbuatan zina?
Sanggupkah saya menambahkan lagi maksiat setelah berapa banyak maksiat terjadi di atas muka bumi ini?

Sanggupkah saya melihat bala ALLAH turun di sini setelah banyak bala menimpa di tempat lain?
Tak cukupkan apa yang telah terjadi (gempa, banjir, ribut, influenza pandemic etc…) untuk menyedarkan kita?

Saidina Umar pernah berkata : 
“ Tentera Islam dibantu Allah dengan maksiat yang musuh lakukan. Apa bantuan yang Allah akan berikan sekiranya kita yang berbuat maksiat?”

Percayalah bahawa hati anda sebenarnya mencintakan kebenaran dan keadilan. Hati anda meronta dan menjerit-jerit tanpanya. Sememangnya dunia diciptakan penuh dengan fitnah dan tipu daya. Kerana itulah nilai kebenaran dan keadilan itu amat mahal ..

Gunakanlah kedewasaan akalmu untuk mengendalikan cintamu. Bahkan ruang cinta itu luas. Bagaimana dengan cintamu terhadap ummat?

"Tidak sempurna iman seorang muslim itu sehingga dia mencintai saudaranya sepertimana dia mencintai dirinya sendiri." (Hadis Riwayat al-Bukhari)
Alhamdulillah, saya rasa sangat bersyukur kerana Allah mengembalikan semula kesedaran ini kepada saya. Banyak perkara yang perlu difikirkan dan diselesaikan.

Agar Allah meneguhkan hati2 kita pada jalan ini kerana mehnahnya datang dari setiap penjuru dan hanya Allah sahajalah sebaik2 penolong dan tempat berlindung.
Ya, yakinlah bahawa inilah jalan kebenaran yang membawa anda kepada cinta hakiki.

"Katakanlah (Muhammad), Jika kamu mencintai Allah, ikutilah aku, nescaya Allah mencintaimu dan mengampuni dosa2mu. ALLAH Maha Pengampun , Maha Penyayang."
(Al-Imran: 13)

p/s: smoga diam kita adalah zikir dan fikir
Read more>>
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
"Tidak ada anugerah yang lebih baik selain peroleh sifat sabar." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

up