Terus Berdoa

Assalamualaikum wbt...




Salam perjuangan dan salam mahabbah kepada semua. Sekadar perkongsian bersama sahabat-sahabat malam ini .Seorang sahabat saya memohon sedikit tashjie' daripada diri saya. Yang pasti semenjak kebelakangan ini, ramai dalam kalangan kita diuji.Almaklumlah,dalam fasa berlansungnya final exam ini berbagai-bagai macam bentuk ujian. Ada yang diuji dengan kesihatan,keluarga,kewangan dan hati.

Namun begitu, alhamdulillah...Allah masih memberi sedikit kekuatan buat diri saya untuk terus berdiri dan melangkah menghadapi segala mehnah yang diberikan ke atas diri saya. Cuma satu yang dapat saya kongsikan... Allah SWT pernah berfirman di dalam kitabNya:

" Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadaMu(wahai Muhammad) tentang Aku, (maka jawablah) sesungguhnya Aku ini dekat, Aku menjawab seruan orang yang berdoa kepadaKu apabila dia berdoa. Maka hendaklah dia menjawab seruanKu (menunaikan perintahKu) dan beriman kepadaKu,agar supaya mereka selalu berada di atas petunjuk"

BERDOALAH!!! Inilah harapan yang Allah SWT hadiahkan buat hamba-hambaNya agar kita yang lemah ini tidak berputus asa. Jangan dipisahkan antara doa dan keyakinan dalam kehidupan. Keyakinan dan pengharapan perlu ada dalam setiap doa kita.

Cuba bayangkan andainya,dengan mudah kita mengaku kalah lalu berputus asa terhadap Allah dalam sesuatu perkara,dalam kata lainnya,bermaksud kita langsung tidak menghargai apa yang telah Allah hadiahkan kepada kita. Tidak kisahlah, seberat mana pun ujian yang terpaksa kita galas, seharusnya berusaha sebaik mungkin untuk menghadapinya. Jangan sesekali kita lupa bahawa Allah itu sentiasa mendengar rintihan hamba-hambaNya yang daif.

Mari renungkan sejenak, mungkin Allah berikan kita ujian ini kerana DIA hendak menghadiahkan sesuatu kepada kita. Apa hadiahnya??? Hanya hati kita saja yang tahu, inilah rahsia antara kita dengan ALLAH. Kita selalu merungut,kenapa mesti kita yang hadapi perkara ini? Kenapa kita yang diuji? Kenapa tidak orang lain? Jawapannya mudah, kerana Allah menyayangi kita. Dengan ujian ini kita akan lebih memahami kitaran kehidupan . Adakalanya kita diatas, dan ada masanya kita di baawah. Itulah lumrah kehidupan. Biarlah beribu tribulasi yang melanda,dengan berbekal keazaman dan doa kepada ALLAH... InsyaAllah pasti segalanya dipermudahkan. Percayalah...Allah itu ada di sisi kita, DIA tidak pernah lupa akan hamba-hambanya.



Akhir kalam,wahai teman-temanku, usahlah bimbang atau risau ALLAH mendengar rintihan dan luahan masalah mu. Mana mungkin DIA akan membiarkan kita setelah DIA menguji kita, pasti ada hikmahnya. Mohonlah ampunan dan bantuan dariNYA. Janganlah sesekali kita mengharap selain dariNYA... 

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
"Tidak ada anugerah yang lebih baik selain peroleh sifat sabar." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

up