Penawar Qalb


Bismillahirahmanirrahim 


Apa khabar sahabat-sahabat yang sentiasa dekat di hati? Moga rahmat dan kasih sayang Allah swt sentiasa menaungi perjalanan kehambaan kita di dunia fatamorgana ini, insyaAllah. Alhamdulillah nikmat iman dan mukmin masih dapat kita kecapi, hingga ke hari ini kita bernafas di bumi pinjaman sementara untuk menuai sebanyak mungkin agar hasilnya kelak ranum untuk dinikmati. Alhamdulillah. Segala puji hanya bagi Allah swt.

Buat sahabat-sahabat yang sedang menghadapi exam, maan najah fil imtihan,  moga jayyid jiddan,baik2 dan cemerlang semuanya! InsyaAllah. Ana pun bakal exam akhir minggu hadapan untuk  subjek omt 255 Office software application.   Sama-sama kita berusaha ya agar kecemerlangan yang digapai untuk syiar Islam jua akhirnya. Ameen




Memang hidup berputar antara hitam dan putih, jua antara suka duka. Dan pastilah ana tidak terlepas untuk turut menghadapinya. Yang berbeza mungkin cara kita berhadapan dengannya; dalamannya bagaimana?.


Dalam hati apa tersirat hanya antara Pemilik segala hati dengan empunya hati yang tahu. Alhamdulillah, bila fikirkan apa yang pernah disampaikan dan tersemat di hati, “Sesungguhnya diri kita hanya hamba, memang layak di uji dan caranya pastilah berbeza antara kita dan mereka. Dan yang penting, Allah tidak membebani melebihi kemampuan diri kita.” Its real relieved. Alhamdulillah  .

Sejujurnya, bila tengok sekeliling dan bukan hanya dalam diri sendiri, betapa ramai yang melihat sahsiah dan peribadi kita. Pastilah suatu amanah yang berat untuk menjadi yang terbaik kepada teladan yang berkesan. Adik-adik  melihat sahsiah kakaknya bagaimana.   dan justeru kakak pula punyai tgjwab dalam menjadi role model yang terbaik utk adik-adiknya. I know my dear sisters back at home reading this..  .

Sahabat-sahabat sekeliling saling mendukung. Namun yang terlebih penting ialah bila fikirkan betapa peribadi seorang mukmin itu sentiasa dalam pengawasan Allah swt melalui dua malaikat di sisi, rasa gerun di hati untuk berbuat yang bukan-bukan, yang bukan menambah pahala kebaikan terutamanya. Rasa nak marah tapi malu dengan diri sendiri, rasa nak sedih lama-lama pun takut sebab hilang nanti momentum untuk kebaikan, rasa kecewa dengan sikap manusia, rasa macam-macam yang tak best dan sedap untuk dihadam oleh  jiwa dan nurani, etc, semuanya akan membantutkan perjalanan kehambaan diri sendiri yang sentiasa berusaha untuk menjadi peribadi mukmin yang sebenar-benar Islam!

Astagfirullah, memang setiap hari perlu muhasabah diri.Bukan untuk orang lain, tetapi untuk manfaat diri dan kepentingan diri sendiri juga kan? InsyaAllah, untuk diri ana yang sangat ‘fragile’ dan juga sahabat-sahabat tersayang, moga kita istiqamah dalam perjuangan diri untuk mudahkan laluan perubahan ke arah kebaikan, insyaAllah.

Alhamdulillah  Ana sekarang dalam mode persiapan untuk tugasan  bekal akhirat jua duniawi. Moga biah solehah tempat kaki berpijak ini berkekalan dan sentiasa dinaungi rahmat dan hidayah dari Allah swt. Doakan urusan ana dipermudahkan ya sahabat-sahabat. Sungguh doa kalian penguat semangat dan keazaman ana di sini untuk turut merasai nikmat perjuangan menyebarkan dan meninggikan syiar Islam di bumi ini. Moga ketemu lagi insyaAllah.


Salam sayang dan rindu dari bumi Malaysia.



0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
"Tidak ada anugerah yang lebih baik selain peroleh sifat sabar." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

up