saat itu pasti dikenang



Teringat zaman kanak-kanak dulu, selalu menonton rancangan kartun Aladdin dan Jin nya yang selalu menolong si Aladdin ketika ditimpa kesusahan atau musibah. Jin itu akan menunaikan hajat si Aladdin walau apa pun bentuk hajatnya. Wah! Nampak macam seronok kalau dapat begitu. Tapi, itu kartun.


Bak ‘semalam adalah fantasi, hari ini adalah realiti’, memang masa zaman kanak-kanak kita sering berfikir hidup bagai dalam ala fantasi. Nak apa pun, senang nak dapat. Minta itu, dapat. Minta ini pun dapat. Akhirnya, kita menjadi seperti manusia lapar yang sedang menunggu hidangan datang di depan mata. Malas berusaha dan berkorban untuk mendapatkan sesuatu hatta untuk diri sendiri sekalipun, bukannya untuk orang lain.

Sedangkan, realiltinya bukan begitu. Hidup ini berpaksi pada sunatullah, satu hak yang telah digariskan oleh Allah. Kalau matahari, mesti terbit dari timur. Kalau suatu kelahiran, mesti berpunca dari pencatuman benih lelaki dan perempuan. Kalau nak kenyang, mesti kena makan. Itulah sunatullah atau hukum alam ini. Setiap dari asbab, mesti ada sebab musababnya.

Begitu juga dalam mencapai kejayaan. Kejayaan takkan datang bergolek, bahkan ia adalah satu proses yang perlu dilaksanakan. Nak dapat 4.0 CGPA, perlu ada usaha. Nak berjaya dalam hidup, mesti ada usaha. Lebih-lebih lagi dalam usaha kita mencapai kejayaan dan kemenangan yang hakiki buat agama ini, usaha itu mestilah lebih lagi. Macam nak bina rumah mainan dengan rumah betul, pasti usaha kedua-keduanya berbeza walau natijah kepada kedua-dua usaha adalah sebuah rumah. Tetapi, nilai kedua-dua rumah adalah berbeza.

Bukanlah kejayaan diatas kertas sahaja yang perlu kita kejar.
Sheikh Mustafa Masyhur telah menggariskan beberapa ciri-ciri (langkah-langkah) untuk mencapai kejayaan (beliau merujuk daripada Al-Quran; [3:146-148]):
1. Ikhlas
2. Tidak lemah (Tidak mudah berputus asa)
3. Sabar
4. Memohon kepada Allah; tetap pendirian & ampunan dosa
5. Taati Allah & Rasul
6. Thabat (tetap di atas jalan-Nya)
7. Zikrullah
Dan seharusnya kita sedar bahawa dalam perjalanan menempa kejayaan, pasti ada liku-liku yang menanti. Ibarat gula dan garam dalam makanan, kalau dicampur dan digaul dengan baik, pasti makanan itu menjadi lazat. Kalau Thomas Edison yang berjaya mencipta mentol telah menempuh 10000 kali kegagalan, kita pula?bagaimana??


Thomas Edison bersama mentol ciptaannya.
Kejayaan yang menjadi inspirasi kepada ramai manusia.

Semoga kejayaan dan kemenangan menjadi milik kita bersama. InsyaAllah..
Waallahu'alam.

*Sekadar mengisi sedikit ruang dalam kesibukan masa. Doakan saya dipermudahkan urusan

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
"Tidak ada anugerah yang lebih baik selain peroleh sifat sabar." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

up