Hati tersenyum~Biarlah semuanya berlalu



menyelami rentetan hari yg begitu tenang
hati tersenyum
mensyukuri
ku tangisi
bernafas bersama cinta Yang Esa


akhirnya
telahku lepaskan ia pergi dengan redha
tanpa dia sedar
kerana
ku genggam cinta Ilahi
kudakap seerat nafas

Read more>>

Makna airmata seorang Insan







Pernahkah anda menangis?

Jika menangis, apakah punca dan sebabnya?

Menangis adalah fitrah manusia tetapi sebab tangisan akan memberikan harga dan nilai tersendiri.

Allah yang menciptakan ketawa dan tangis, malah menciptakan sebab tercetusnya tangisan.

Banyak air mata mengalir di dunia ini. Sumbernya dari mata, mengalir ke pipi terus jatuh ke bumi.

Read more>>

nOta buat diri ini dan dirimu




Nota buat HATI
Tiada yang menjadi milik kita, semuanya milik Allah hatta nyawa kita juga pinjaman dari Allah yang perlu kita manfaatkan sebaik-baiknya dan perlu ingat kita mesti kembalikan nyawa kepada Pencipta Yang Esa bila diminta. Harus bersedia untuk mati. Harus bersedia untuk disemadi, persoalannya bersediakah kamu wahai diri yang hina?

Read more>>

Hakikat Kehidupan



Suatu hari kita berjalan, kita melangkah dengan penuh berhati-hati, tetapi kita sedar bahawa, DIMANA arah kita ingin tujui. Tatkala itu la, kegusaran menguasai diri. Konflik dalaman yang mencengkam hati. Lafaz keatas Yang Maha Esa didengari di benak hati kerana ketika itulah hati-hati ini mula menangis. Menangis melihat kehidupan yang telah kita lalui. Perit, sukar, berliku-liku semua kita telah tempuhi.

Bertitisan air mata mengalir di pipi, tidak tahu kemana arah ingin dikecapi. Setiap malam kita melihat langit yang terbentang indah. Walaupun gelap, tetapi Allah mengurniakan cahaya bintang untuk memperindahkan. Hiasan alam cantik sekali. Kekuasaan Allah disemua tempat. Satu persatu kita membilang cahaya berkedipan, satu persatu juga lah terdetik dihati kita betapa besarnya kekuasaan Allah. Rasa insaf menerkam diri, melihat bayangan kisah duka dan suka dahulu, satu-persatu juga ia muncul di bayangan kita.
Laut bergelora dan angin pula menghembus berdayu-dayu. Di mata kita, biru dan luasnya laut ini. Begitu jugalah kehidupan kita. Telah banyak kita melaluinya. Berjuta-juta masa telah kita korbankan. Luasnya kehidupan kita di hati tetapi hakikatnya ia sementara sahaja di akhirat kelak.

Alangkah indahnya jika dunia sekarang ini boleh kembali seperti zaman Rasulullah dan Para Sahabat. Kehidupan ketika itu tenang kerana ia diwarnai dengan Islam. Islam mengajar manusia erti kehidupan yang sebenar. Mengajar kita erti kasih sayang, cinta, berhati mulia dan sebagainya. Cinta ketika itu hanya kerana Allah. Maka tersebar luas kasih sayang Ilahi. Sesama manusia berkasih sayang kerana Allah. Andai kata setiap manusia tahu apakah itu ISLAM, mesti dunia ini aman, bahagia, penuh dengan warna-warna kehidupan yang mulia serta diredhai Allah.
Islam tidak pernah melawan fitrah manusia 

Rasa cemburu melihat burung berterbangan, mereka terbang dengan bebas di atas jalan Allah. Tetapi berasa keji melihat manusia yang berjalan tetapi terbabas di atas jalan Allah. Kekucaran disana sini, perebutan di mana-mana sahaja. Tiada istilah damai yang mampu dijanjikan jika semua tidak tunduk kepada perintah Nya.

Lihat sahaja bunga yang kembang mekar, berkilauan serinya. Lalu ia dipetik dijadikan hiasan. Tetapi sekarang, dunia ini sudah tiada mekarnya, sudah hilang serinya. Islam sudah tidak mampu menampak dihati. Kebanyakan hati-hati ini sudah hanyut berterbangan di muka bumi yang maya ini.

Namun, disebalik kegelapan bumi, ada cahaya kecil di setiap pelusuk. Sama seperti malam yang gelap, tetapi ada cahaya bintang yang kecil menemaninya. Cahaya-cahaya kecil itu ialah jiwa manusia yang tunduk kepada Allah. Hatinya sudah berpaut kepadaNya. Cintanya hanya kepadaNya. Indahnya hati-hati itu. Sungguh beruntung hati-hati tersebut kerana pintu syurga sudah terbuka untuknya. Dunia yang kekal indah sudah menanti untuk mereka. Syurga-syurga pasti menyambutnya dengan penuh kegembiraan.

Berkecai-kecai deruan orang menangis, menangis kerana dosanya yang lampau. Sebahagian dihatinya berkata, ia ingin mengikut ajaran Islam, tetapi ia telah tersilap langkah kerana dunia mengaburinya. Tanda-tanda kiamat telah diberikan, amaran akhir zaman telah dilaungkan, tetapi masih ada lagi yang leka.

Jika si pemuda ingin menunaikan kewajipannya, tetapi ibubapanya menghalangnya.
Jika si wanita ingin melaksanakan tanggungjawabnya, tetapi saudaranya mengikatnya..
Jika tiada iman di dalam hati, tidak mungkin pemuda pemudi dunia akhir zaman mampu memikul liku-liku cabaran yang merentasi.

Kuatkan iman dalam dirimu, tumpaskan cabaran akhir zaman ini dengan hatimu, biarkan hatimu memukul setiap duri dijalanan, murnikan hatimu denganNya. Mudah-mudahan, hatimu tetap mekar dan berkilau serinya di jalan Allah. Tiada benda yang mudah untukmu disini, ingatlah, perit yang dideritai hatimu ini bakal memberi anda cahaya putih di tubuhmu. Janji Allah itu pasti. InsyaAllah..

Read more>>

Khas buat Insan bergelar Muslimah





Sahabatku...


Bermula hari ini binalah sebuah kehidupan baru. Jadilah manusia berhati mulia dan tegakkanlah sinar keIslaman dalam dirimu, semoga nur ILAHI akan membening seluruh perjalannan hidupmu.

Duhai sahabat muslimahku...

Keremajaanmu menyegarkan pandangan, dan melimpahkan nyaman pada malam.Dengan keremajaanmu, kau mampu sahaja menakluk dunia dalam lalai dan leka tanpa kesedaran. Ingatlah, kau bukan dilahirkan sebagai penggoda yang melekakan dunia. Kesegaran dan kejelitaanmu adalah fana belaka. Kelembutan yang menghiasi gerak langkah dan lentuk tubuhmu bakal menyaksikan kau cepat terdedah kepada bahaya dan bahana maksiat.



Peliharalah keindahan yang kau miliki kerana ALLAH mengujimu dengan menerbitkan kau pada bentuk yang teramat indah, halus dan sempurna. Berhati-hatilah kerana sesungguhnya kaum Adam akan menilaimu dengan pandangan yang luar biasa.

Cahaya keriangan di wajahmu adalah kilauan senjata yang menawan. Madu yang menitiskan sarinya meresapkan manisnya dari bibir langsung ke hati adalah suara lembut sang gadis. Elokkanlah nada suaramu dan perlahankan gema bahasamu. Berhati-hatilah menggunakan lidahmu, jangan sampai bibirmu menutur bait-bait tajam yang akan menyakiti hati orang lain. Fikirlah dengan akalmu sebelum bersuara dan pandanglah teman bicara. Tertib dan sopanmu bagai hembusan angin yang menyamankan, yang bakal ditanggapi menyamai keindahan yang kau miliki setanding dengan ketulusan peribadimu.
Sahabat muslimahku..

Jagalah matamu kerana pandangan mata akan mengalir ke hati dan terbiaslah sesuatu dari panahan syaitan durjana. Jangan sesekali kau memandang mata lelaki dengan sejenak renungan. Jangan biarkan mereka mentafsirkan makna yang bukan kau mahukan.Pandanglah tanpa memberi sebarang makna. Jadikanlah ghadul basar sebagai hiasan matamu. Rebahkan pandanganmu, renunglah setiap inci bumi,nescaya kau berjaya menghindari dosa yang cuba merapatimu.

Ukhti yang dikasihi..

Sesekali, mendongaklah ke langit dan lihatlah kerdipan bintang-bintang, nescaya kau kan temui berjuta keagungan ciptaan Rabbul A`lamin. Betapa hidup ini berjalan di atas makna hikmah dan terselindung daunan pengertian. Hari-hari yang dilalui sebenarnya
menyembunyikan banyak hakikat dan makrifat. Sedarlah, hidupmu ini hanyalah secebis dari erti kehidupan.
Selamilah dasar hatimu dan berbisiklah pada diri. Alangkah kosongnya jiwa, alangkah hinanya roh tanpa hiasan apa-apa. Salutilah tubuhmu dengan iman. Kerana ia sangat manis pada pandangan jua perhiasan. Bersihkanlah hatimu, kemanisan iman sukar dikecapi tanpa janji Tuhan.

Jadilah seorang muslimah yang gemar merenung kejadian yang berlaku dan memerhati hikmah dengan mata hati.Muslimah sejati adalah mereka yang selalu berhikmah dalam berkata-kata dan meletakkan perasaan rendah diri sebagai asas mencari ketaqwaan. Zuhud dalam pencarian dunia dengan meletakkan tasawuf ke akhirat sebagai pedoman serta melupakan sifat cintakan dunia yang berlebihan.

Serikandi muslimah sejati..

Alangkah baiknya di saat-saat kau dilanda panah dugaan, kau mampu mengutip akar-akar kemelaratan dan teguh mengukir senyum buat pengubat kerungsingan. Tatkala kau dalam dilema permasalahan yang meruncing serta kau berasa putus harap dengan dunia, maka sebutlah dan zikirlah berkali-kali ke hadrat ILAHI moga-moga kau bakal bertemu kedamaian.

Sucikan wajahmu dengan air wuduk dan basahkan matamu dengan airmata keinsafan. Tundukkanlah sepenuh hatimu jua dahimu ke tikar sejadah beserta lafaz dan doa kau hembuskan seikhlas jiwa, semurni sanubari memohon keampunan. Renunglah, resapkan kekaguman dan kuatkan keyakinan bahawa hayatmu setiap detik di bawah naungan ALLAH S.W.T.


 Kecintaan Tuhan melimpah dan melaut di segenap penjuru alam, walaupun pada yang lupa erti kehidupan. Dan, roh ketenangan akan mendakap dirimu hingga kau terasa tiada tabir yang menabiri setiap kali pertemuan kau dan DIA. Ketaqwaan hendaklah dipupuk agar matlamat dan cita-cita yang kau bawa akan tercapai suatu masa kelak dengan izinNYA,
InsyaALLAH..

Akhirul kalam, ingatlah, walau setinggi manapun kedudukanmu di mata masyarakat, jangan sesekali menyombong diri. Sesungguhnya wanita itu lemah. Dan dijadikan rijal sebagai pelindung buatmu. Carilah lelaki yang baik budinya dan teguh imannya.Inilah yang bakal mengukuhkan akar kebahagiaan rohani dan tunjang kecintaan kepada ILAHI, InsyaALLAH..

Dari Ibn Abbas, dari Rasulullah SAW yang meriwayatkan hadis ini daripada Tuhannya Tabaraka Wa Ta'ala, katanya : 


" Sesungguhnya ALLAH telah menetapkan yang baik dan yang jahat, dan telah menerangkan keduanya itu. Maka barangsiapa yang bercita kepada kebaikan, kemudian ia tidak mengerjakannya, ALLAH akan mencatit disisinya satu hasanah yang sempurna. Dan jika ia melaksanakan, nescaya ALLAH akan mencatatkan di sisinya sepuluh hasanah hingga tujuh ratus kali lipat ganda dan hingga sampai beberapa kali ganda banyaknya. Dan jika ia bercita-cita mengerjakan sesuatu kejahatan kemudian tidak dilakukannya, ALLAH akan mencatatkan di sisinya satu hasanah yang sempurna. Jika ia meneruskan cita-citanya yang jahat itu dan melakukannya, ALLAH akan mencatatkan baginya satu kejahatan sahaja.


waallahua'lam..


Read more>>

Lurus



Ya.. Allah dengan berkat NabiMu dan berkat guruku
Luruskanlah hatiku agar agamaku lurus
Betulkanlah hatiku agar ku ikhlas selalu
Tetapkanlah hatiku agar ku tak tergugat
Dengan ujian yang menimpa

Read more>>

Dakwah ini tanggungJwaB berSama






Syukur kepadamu Ilahi
dengan izinmu kami disini
tidak kami berbangga diri
menyerah hidup sebagai daie

daie itu bukan gelaran
bukan juga beban
tapi fitrah hidup insan
yang mengenal kehendak Tuhan

menjadi pemimpin bukannya mudah
bila yang dipimpin banyak karenah
namun ini kukira amanah
atas rezekiMU yang melimpah ruah

jadilah kalian,
pemimpin yang beraqidah mapan,
berakhlak ikutan,
tajam akal fikiran,
tinggi kesabaran,
kuat tubuh badan,
dan amanah dalam pekerjaan.

sungguh islam dibina atas hujah,
bukan taklid buta semata.

biar hidup tidak berharta,
tapi cukup bekal membeli syurga,
biar hidup dihina manusia,
tapi darajatnya tinggi disisi yang Esa.

sungguh islam bukan lemah,
islam adalah agama dakwah,
umat islam adalah qudwah.

tegakkanlah kebenaran,
walaupun ia tidak menyebelahi kalian,
berkatalah benar,
walaupun tidak dibenar

sedikit bukan bermakna kalah,
sedikit bukan bermakna lemah,
pelik bukan bermakna salah,
muda bukan bermakna mentah.

wujudkan suatu biah,
yang berpaksi Al-Quran dan Sunnah,
agar islam bukan lagi fitnah,
dan agama hanya milik Allah,
ikhlaskan niat ikut Rasulullah,
agar usaha dinilai ibadah.

rapatkan saf semangat jangan goyah
kota yang telah roboh harus dibina semula
jangan kau gentar pada bayang-bayang sendiri
di sebalik pahit getir kemenangan menanti

kemenangan itu sudah pasti
namun bila tidak diketahui
mungkinkah ia tujuh generasi
mungkin juga menuntut mati

mari disusun kaki biar rapat
agar ditolak tidak jatuh
angin ribut kekal utuh
patah sayap bertongkat paruh

kalau berjalan biar seirama
dibelakang mengejar didepan menunggu
kalau berlari biar bersama
agar terasa nikmat bersatu

medan kita mungkin berbeza
tapi tempat tuju kita sama
di cubit kiri kanan terasa

kerana dakwah ini KITA tanggung bersama…


masih ada waktu menuju destinasi cinta dengan menghayati ayat2 cinta allah serta lazimi diri untuk menerajui layar keinsafan
Read more>>
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
"Tidak ada anugerah yang lebih baik selain peroleh sifat sabar." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

up