Hakikat Kehidupan



Suatu hari kita berjalan, kita melangkah dengan penuh berhati-hati, tetapi kita sedar bahawa, DIMANA arah kita ingin tujui. Tatkala itu la, kegusaran menguasai diri. Konflik dalaman yang mencengkam hati. Lafaz keatas Yang Maha Esa didengari di benak hati kerana ketika itulah hati-hati ini mula menangis. Menangis melihat kehidupan yang telah kita lalui. Perit, sukar, berliku-liku semua kita telah tempuhi.

Bertitisan air mata mengalir di pipi, tidak tahu kemana arah ingin dikecapi. Setiap malam kita melihat langit yang terbentang indah. Walaupun gelap, tetapi Allah mengurniakan cahaya bintang untuk memperindahkan. Hiasan alam cantik sekali. Kekuasaan Allah disemua tempat. Satu persatu kita membilang cahaya berkedipan, satu persatu juga lah terdetik dihati kita betapa besarnya kekuasaan Allah. Rasa insaf menerkam diri, melihat bayangan kisah duka dan suka dahulu, satu-persatu juga ia muncul di bayangan kita.
Laut bergelora dan angin pula menghembus berdayu-dayu. Di mata kita, biru dan luasnya laut ini. Begitu jugalah kehidupan kita. Telah banyak kita melaluinya. Berjuta-juta masa telah kita korbankan. Luasnya kehidupan kita di hati tetapi hakikatnya ia sementara sahaja di akhirat kelak.

Alangkah indahnya jika dunia sekarang ini boleh kembali seperti zaman Rasulullah dan Para Sahabat. Kehidupan ketika itu tenang kerana ia diwarnai dengan Islam. Islam mengajar manusia erti kehidupan yang sebenar. Mengajar kita erti kasih sayang, cinta, berhati mulia dan sebagainya. Cinta ketika itu hanya kerana Allah. Maka tersebar luas kasih sayang Ilahi. Sesama manusia berkasih sayang kerana Allah. Andai kata setiap manusia tahu apakah itu ISLAM, mesti dunia ini aman, bahagia, penuh dengan warna-warna kehidupan yang mulia serta diredhai Allah.
Islam tidak pernah melawan fitrah manusia 

Rasa cemburu melihat burung berterbangan, mereka terbang dengan bebas di atas jalan Allah. Tetapi berasa keji melihat manusia yang berjalan tetapi terbabas di atas jalan Allah. Kekucaran disana sini, perebutan di mana-mana sahaja. Tiada istilah damai yang mampu dijanjikan jika semua tidak tunduk kepada perintah Nya.

Lihat sahaja bunga yang kembang mekar, berkilauan serinya. Lalu ia dipetik dijadikan hiasan. Tetapi sekarang, dunia ini sudah tiada mekarnya, sudah hilang serinya. Islam sudah tidak mampu menampak dihati. Kebanyakan hati-hati ini sudah hanyut berterbangan di muka bumi yang maya ini.

Namun, disebalik kegelapan bumi, ada cahaya kecil di setiap pelusuk. Sama seperti malam yang gelap, tetapi ada cahaya bintang yang kecil menemaninya. Cahaya-cahaya kecil itu ialah jiwa manusia yang tunduk kepada Allah. Hatinya sudah berpaut kepadaNya. Cintanya hanya kepadaNya. Indahnya hati-hati itu. Sungguh beruntung hati-hati tersebut kerana pintu syurga sudah terbuka untuknya. Dunia yang kekal indah sudah menanti untuk mereka. Syurga-syurga pasti menyambutnya dengan penuh kegembiraan.

Berkecai-kecai deruan orang menangis, menangis kerana dosanya yang lampau. Sebahagian dihatinya berkata, ia ingin mengikut ajaran Islam, tetapi ia telah tersilap langkah kerana dunia mengaburinya. Tanda-tanda kiamat telah diberikan, amaran akhir zaman telah dilaungkan, tetapi masih ada lagi yang leka.

Jika si pemuda ingin menunaikan kewajipannya, tetapi ibubapanya menghalangnya.
Jika si wanita ingin melaksanakan tanggungjawabnya, tetapi saudaranya mengikatnya..
Jika tiada iman di dalam hati, tidak mungkin pemuda pemudi dunia akhir zaman mampu memikul liku-liku cabaran yang merentasi.

Kuatkan iman dalam dirimu, tumpaskan cabaran akhir zaman ini dengan hatimu, biarkan hatimu memukul setiap duri dijalanan, murnikan hatimu denganNya. Mudah-mudahan, hatimu tetap mekar dan berkilau serinya di jalan Allah. Tiada benda yang mudah untukmu disini, ingatlah, perit yang dideritai hatimu ini bakal memberi anda cahaya putih di tubuhmu. Janji Allah itu pasti. InsyaAllah..

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
"Tidak ada anugerah yang lebih baik selain peroleh sifat sabar." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

up