Lurus



Ya.. Allah dengan berkat NabiMu dan berkat guruku
Luruskanlah hatiku agar agamaku lurus
Betulkanlah hatiku agar ku ikhlas selalu
Tetapkanlah hatiku agar ku tak tergugat
Dengan ujian yang menimpa


Ya.. Allah, Tuhan yang mencipta hati
Bersihkanlah hatiku agar mazmumahku
Tidak merosakkan agamaku
Dan juga tidak merosakkan kehidupan orang lain

Wahai Tuhan yang membolak balikkan hati
kuatkanlah hatiku
Agar keyakinanku tak berubah
Supaya aku sentiasa tabah

Tuhan, Engkau resapkanlah hatiku
Sentiasa bersamaMu
Supaya aku rasa, ada kawan melindungku
Agar aku tak rasa sepi di dalam hidupku

Aku merasa malu melanggar perintah
Dan aku sentiasa siap siaga menunaikan suruhanMu

Ya... Allah, Tuhan yang menjaga hati
Baikilah hatiku, agar seluruh hidupku menjadi baik
Supaya tidak khianat, dan tidak hasad dan tidak berdendam sesama manusia

Aku insan yang pernah melalui zaman kejahilan
Aku insan yang pernah melakukan dosa
Aku insan yang pernah melupaiMU
Ampunkan aku………


Tuhan, limpahkan kedalam hatiku
Ilmu dan hikmah
Hingga aku dapat menyuluh hati dan menyuluh kehidupanku
Supaya lahir batinku bersyariat
Agar lahir batinku menjadi taat
Tuhan aku harap Engkau kabulkanlah doaku kini.

p/s:entah mengapa kesedihan melanda diri ketika ini...air jernih singgah ke pipi tanpa ana sedar
(^_^)
la tahzan





1 comments:

ijad said...

cantik blog..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
"Tidak ada anugerah yang lebih baik selain peroleh sifat sabar." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

up