Read more>>

Hati Berbisik


 -In ThE NamE oF ALLaH-
A
lhamdulillah, dengan izinNya jua kita dapat melangkah ke hari ke 17 bulan Rejab. Rasanya begitu pantas masa berlalu , bagaikan tidak disedari. Puisi  ini khas untuk sahabat ana sebagai tanda kasih sayang buat kalian. Sahabatmu ini cuma seorang hamba yang dhaif.  Maafkan sahabatmu ini andai diri tidak cukup sempurna. Pesan ana hati-hatilah memilih sahabat, kerana sahabat  boleh menjadi cermin peribadi seseorang.  Agama telah memberi panduan yangg cukup lengkap dalam segala selok belok kehidupan. Satu kesan daripada sifat-sifat takwa (hati yg takut pada Allah), seseorang itu tidak akan menganiayai sahabatnya sendiri dan mempersiakan amanah/kepercayaan yg diberi. Berkawanlah kerana Allah untuk mencari redha-Nya.  Sedaya upaya, pilihlah sahabat yg membimbing jalan ke syurga. Memberi sokongan di dunia, memberi manfaat di akhirat.

Read more>>

Insan yang bemakna





Pemberi ketenangan..
Pemberi pengajaran..
dan Pemberi Nikmat yang sejati..

Tidaklah dua orang saling mencintai kerana Allah, melainkan orang yang paling dicintai Allah, diantara keduanya ialah orang yang paling besar cintanya kepada saudaranya."
 HR. Ibnu Hibban dan Al-Hakim



Sahabat...  

Rasa cinta adalah fitrah manusia. Kerananya, percintaan adalah rintangan waktu kehidupan manusia yang akan mereka lalui dengan keindahan dan haru biru. Cinta yang tulus, insyaAllah akan menyelamatkan manusia dari api neraka yang maha dahsyat panasnya.

Cinta tulus, terbesar dan hakiki adalah cinta kepada Allah. Bukhari dan Muslim meriwayatkan sebuah sabda Rasulullah Saw. melalui Anas ra.,


"Ada tiga perkara yang barangsiapa dalam dirinya terdapat ketiga perkara itu, dia pasti merasakan manisnya iman, iaitu Allah dan RasulNya lebih dicintainya daripada yang lain; mencintai seseorang tiada lain hanya kerana Allah,dan tidak ingin kembali kepada kekafiran setelah diselamatkan Allah sebagaimana dia tidak ingin kalau dicampakkan ke dalam api."

Sahabat... 

Sesungguhnya persaudaraan kita merupakan buah dari ketinggian akhlak, dan tafarruq (perselisihan) kita merupakan akibat dari rendahnya akhlak. Akhlak yang bagus membuahkan rasa saling cinta, saling sayang, dan saling memberikan manfaat. Kerana itu, cinta melahirkan ukhuwah. Ukhuwah yang telah digambarkan secara mengharukan oleh Bilal, Amar dan Zaid, atau Umar, Ali dan Uthman, yang bersanding dan bercinta kerana Allah. Kasih sayang diantara mereka merupakan gambaran janin ukhuwah yang dikandung dalam perut iman, dan terlahir dari ibu yang bernama iman. 

Ukhuwah bererti bersatunya hati-hati yang rOhnya terikat dengan ikatan akidah. Kerananya, persaudaraan adalah bentuk keimanan yang terikat dengan akidah yang amat kuat. Sementara perpecahannya adalah gambaran kekufuran, yang menempatkan keimanan dan kasih sayang di tempat sampah. Oleh kerana itu, manusia yang benar fikrahnya adalah manusia yang melihat saudaranya lebih utama dibanding dirinya sendiri. Jika perkara ini terjadi, ukhuwah akan terasa sangat indah, nikmat, dan manis. 


Sahabat...
Persaudaraan dan saling mencintai kerana Allah adalah salah satu ibadah yang paling utama dalam agama kita. Siapapun yang berupaya mewujudkannya, tiada perkara lain baginya kecuali syurga yang maha indah.


Rasulullah Saw bersabda, "Barangsiapa bersaudara dengan seseorang kerana Allah, maka Allah mengangkatnya satu darjat di syurga, yang tidak didapatnya dengan sesuatu amalan lainnya". 

Ibnu Jarir pun meriwayatkan sabda Rasulullah Saw. dari Ibnu 'Abbas ra., ia berkata, 



"Barangsiapa mencintai seseorang kerana Allah, membenci seseorang kerana Allah, membela seseorang kerana Allah, dan memusuhi seseorang kerana Allah, maka sesungguhnya kecintaan dan pertolongan dari Allah boleh diperolehi dengan perkara tersebut.


Seorang hamba tidak akan menemukan nikmatnya iman, sekalipun banyak manapun solat yang didirikan, sehingga dia bersikap demikian. Persahabatan diantara manusia pada umumnya didasarkan atas kepentingan dunia, namun perkara itu tidak berguna sedikitpun bagi mereka."


Sahabat...
Cinta seorang Mukmin adalah kekuatan. Ia bagaikan simen yang mengikat batu bata individu Muslim dalam sebuah bangunan yang kukuh dan tidak mudah roboh. Allah Swt. Berfirman; " Sesungguhnya orang-orang mukmin adalah bersaudara."(Q.S Al-Hujurat:10) 

Sementara itu, Rasulullah Saw bersabda, "Mukmin yang satu terhadap Mukmin yang lain itu bagaikan bangunan yang mengikat antara sebahagian dengan sebahagian yang lain." HR. Muttafaqun 'Alaih 

Sahabat...
Persaudaraan Islam bukanlah suatu permasalahan sampingan dalam Islam, tetapi ia menjadi salah satu prinsip dasar yang menyertai syahadah (persaksian) terhadap keesaan Allah dan kesaksian terhadap kerasulan nabi Muhammad Saw. Persaudaraan merupakan buah dan konsikuensi keimanan yang sangat indah. Kerana itu, kita harus sama-sama yakin bahawa keindahanNya qadim. KeagunganNya tinggi. 


Kekuasaan dan penguasaanNya Maha Dahsyat. KeindahanNya berpadu dengan kemuliaan. KeagunganNya berpadu dengan keluhuran. KebesaranNya tidak pernah berakhir. KeindahanNya pesona hati. KeagunganNya meningkatkan cinta. Sungguh, tiada cinta yang hakiki kecuali cintaNya kepada kita sebagai makhlukNya, dan cinta kita kepadaNya. Adakah kita merasakan semuanya? 

Wallahualam...

Read more>>

Hanya padaMu






Senyumnya meluruh duka.Bagaikan musim sonata di kala disember menjengah.Namun dukanya bagaikan musim kemarau.Menyesak jiwa dan naluri ini..perkara yang menimpa ana  bulan ni cukup banyak menikam jiwa. " Allah...innalillahi wainnailaihi rajiun...berbahagialah bagi mereka yang bersabar atas ujian yang Dia berikan..tidak mengeluh dan tidak resah..dirinya hebat...kenapa tidak aku??jiwanya mudah luluh..resahnya bagaikan tak berpenghujung..lupakah aku pada janjiNya..astaghfirullah..




“Dan sungguh akan Kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar. (iaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan: "Inna lillaahi wa innaa ilaihi raaji'uun. Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhan mereka dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk .”
(surah Al Baqarah ayat 155-157)




Hikmah yang besar disebalik ujian ini.Mendekatkan diri kepada pencipta.Mungkin kerana kelalaian dalam kehidupan seharian maka ujian inilah tanda Allah kasihkan kami,perhatikan kami,ingatkan kami,tegur kami dan rindu rintihan kami.Ya Allah ketahuilah bahawa hatiku kini menanggung sedikit keresahan.Mungkin keresahan ini hadir lantaran nipisnya keimananku padaMu maka perkukuhlah ia Ya Allah.Hadirkanlah kekuatan pada diri ini serta keluargaku.Limpahkan kesabaran yang teguh di jiwa-jiwa kami hingga sampai satu ketika saat nyawanya direnggut ajal kami masih mampu mengunkap kalam "dia milikMu..hanya pinjaman..dariMu dia datang dan kepadaMu tempat kembali"..Allah3...hebatnya hati yang kental dengan segala ketentuan yang Kau persembahkan.Moga diri ini diantaranya.aminn...


Tuhan... kubisikan kerinduan
keinsafan... pengharapan...
Tuhan...kusembahkan pengorbanan
Membuktikan kecintaan

Bisikanku untukMu
Munajatku mohon restu
Semoga cintaku bukan palsu
Pada desiran penuh syahdu
Gelombang lautan rinduku

Munajatku dalam syahdu
Merindui maghfirahMu
MardhiahMu dalam restu
Harapan tulusnya hatiku

Kurindukan pimpinanMu
KeagunganMu dalam doaku
Kebesaran pada kudratMu
Ia membina rohaniku

Ujian kepahitan di dalam kehidupan
Padanya ada kamanisan
Ketenangan dan kebahagian
Bayangan syurga idaman

Munajatku dalam syahdu
Merindui maghfirahMu
MardhiahMu dalam restu
Harapan tulusnya hatiku

Kurindukan pimpinanMu
KeagunganMu dalam doaku
Kebesaran pada kudratMu
Ia membina rohaniku

Tuhan... kubisikan kerinduan
keinsafan... pengharapan...
Tuhan...kusembahkan pengorbanan
Membuktikan kecintaan


Tuhan..Ya Tuhan...
Terimalah...




ana tidak mampu untuk menahan sedih dalam hati. Pilu  rasanya dalam hati ini, ditambah dengan bisikan syaitan dan desakan amarah. Namun jiwa yang sedih bertuhan. Allah tuhan kepada jiwa yang sedih ini.

lalu ada satu doa yang bagus untuk jiwa yang sedang bersedih:

Ya mnqzal gharqa (Wahai yang menyelamatkan orang yang tenggelam)

Wa ya munjiyal halka (Wahai yang menyelamatkan yang binasa)

Wa ya shaahida kulli najwa (Wahai yang menyaksikan setiap aduan)

Wa ya muntaha kulli syaqwa (Wahai yang menamatkan segala penderitaan)

Wa ya daaima ma’ruf (Wahai yang berterusan kebaikannya)

Wa ya qadiimal ihsan (Wahai yang berkekalan ihsan)

Hanya kepada Allah kita mengadu. Apa lagi buat masa sekarang, ana tidak punyai sesiapa yang mampu mengubati resah ini melainkan Tuhan ana.

p/s :

"Teruskan berdoa..bermunajat dan berharap pada Yang Esa..Serahkan segala padaNya..Dia yang merancang dan Dia yang menentukan..PerancanganNya lebih teliti..Moga Kau mengampuni dosa-dosa kami ya allah"

"Inginkan mutiara selamilah lautan..Inginkan bahagia tempuhilah penderitaan.. Inginkan kejayaan relailah pengorbanan.. Ketahuilah bahawa setiap kepahitan itu sebenarnya terkandung seribu kemanisan.."







Read more>>
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
"Tidak ada anugerah yang lebih baik selain peroleh sifat sabar." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

up