Hati Berbisik


 -In ThE NamE oF ALLaH-
A
lhamdulillah, dengan izinNya jua kita dapat melangkah ke hari ke 17 bulan Rejab. Rasanya begitu pantas masa berlalu , bagaikan tidak disedari. Puisi  ini khas untuk sahabat ana sebagai tanda kasih sayang buat kalian. Sahabatmu ini cuma seorang hamba yang dhaif.  Maafkan sahabatmu ini andai diri tidak cukup sempurna. Pesan ana hati-hatilah memilih sahabat, kerana sahabat  boleh menjadi cermin peribadi seseorang.  Agama telah memberi panduan yangg cukup lengkap dalam segala selok belok kehidupan. Satu kesan daripada sifat-sifat takwa (hati yg takut pada Allah), seseorang itu tidak akan menganiayai sahabatnya sendiri dan mempersiakan amanah/kepercayaan yg diberi. Berkawanlah kerana Allah untuk mencari redha-Nya.  Sedaya upaya, pilihlah sahabat yg membimbing jalan ke syurga. Memberi sokongan di dunia, memberi manfaat di akhirat.


Ya ALLAH,

Panjangkanlah umur sahabatku,

Kurniakanlah kesihatan yang baik padanya,

Terangilah hatinya dengan 'nur' pancaran iman,

Tetapkanlah hatinya,

Perluaskanlah rezekinya,

Dekatkanlah hatinya kepada kebaikan,

Jauhkanlah hatinya daripada kejahatan,

Tunaikanlah segala hajatnya baik hajat dalam agama, dunia dan akhirat.

Ya MUHAIMIN,

Jika dia jatuh hati,

Izinkanlah dia menyentuh hati seseorang

yang hatinya terpaut pada-Mu
agar dia tidak terjatuh ke dalam jurang cinta nafsu

Jagalah hatinya agar tidak berpaling

daripada melabuhkan hatinya pada hati-Mu

Jika dia rindu

rindukanlah dia pada seseorang yang merindui syahid di jalan-Mu

Ya ILAHI,

Jangan biarkan sahabatku tertatih dan terjatuh
dalam perjalanan panjang menyeru manusia ke jalan-Mu

Jika KAU izinkan aku merindui sahabatku

Janganlah aku melampaui batas
sehingga aku melupakan 'CINTA HAKIKI', 'RINDU ABADI' dan 'KASIH SEJATI' -MU
ya ALLAH
kurniakanlah sahabatku
kesenangan, ketenangan, kebahagiaan, keberkatan & kecemerlangan
di dunia dan akhirat.

p/s: terima kasih Allah atas pemberian nilai persahabatan ini. Sungguh aku cinta Kau juga sahabatku,moga aku sentiasa dlm redhaMu Allah..Moga aku kuat mengharungi ranjau dunia ini...sahabatku.. kau ada aku dan ALLAH pastinya~





0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
"Tidak ada anugerah yang lebih baik selain peroleh sifat sabar." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

up