Allahumma solli 'ala saiyidina Muhammad alfatihi
lima ughliqo wal khatimi lima sabaqa nasiril haqqa bilhaq

wal hadi ila siratikal mustaqim
wa 'ala alihi wa sohbihi haqqa qadrih wa miqdarihil 'azim

Selaut dalam kehinaan diri
Semanis iman yang dicari
Selembut kalam Rasulullah diteladani
Seindah janji-janji Allah nan di nanti
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat kalian.. Tak sedar rupanya dah masuk hari yang ke -12 ramadhan. Rasa macam baru semalam sahaja ramadhan datang mengunjungi. Bersyukur  tidak terhingga, masih diberi pluang, diberi nafas dan nadi yang masih berdenyut, dikurniakan jiwa yang hidup untuk merasai nikmat ramadhan untuk kali ini..Alhamdulillah, Allah berikan ana dan seluruh umat islam yang menganuti agama-NYA yang SYUMUL ini untuk merasakan ramadhan kali ini. Sedikit perkongsian yang ingin ana kongsikan bersama bagi yang mengunjungi blog yang telah tidak di- UPDATE ini..maafkan ana kerana sudah lama x update disebabkan tanggungjawab yang semakin menggunung di bahu ini..
Ya Allah,
Bantu Kami
Menjalani ibadah puasa
Menghidupkan malam
Dan mengurangkan tidur dan kalam kami...
Bulan Ramadhan sangat masyhur dikatakan sebagai "Shahrun Sobri" (Bulan Sabar). Kalau kita meneliti secara lebih mendalam betapa manusia tidak mampu untuk meneruskan kehidupan jika dia gagal 'bersabar'. Sedarkah kita semua manusia tidak kira muslim@bukan muslim diuji dengan "keperitan sabar"?

Ramadhan…Kehadirannya merupakan suatu HIKMAH dan PETUNJUK yang amat RELEVAN untuk kita berlatih supaya menjadi manusia yang sangat PENYABAR.
Adakah ramadhan kali ini lebih baik? atau sama? atau lebih teruk. Allah telah membuka ruang seluas luasnya pada bulan rahmat ini untuk kite istiqamah dlm melakukan ibadat. Adakah puasa hanya menahan lapar dan dahaga sahaja? tentu nya tidak. sudah pasti kita inginkan sesuatu daripadanya.

"wahai orang2 yang beriman! diwajibkan keatas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa" {Al Baqarah:183)
Firman Allah yang ana rasakan cukup popular dimana arahan yang mewajibkan puasa keatas umat islam. Smoga, bukan hanya lapar dan dahaga tetapi mendapat rahmat dan maghfirah darinya. Ya RABB…Berilah inayah dan nusrah untuk kami menghadapi imtihan-imtihan dunia, agar ia juga menjadi jalan dan wasilah bagi kami menggapai redhaMu"


Malahan,ramadhan menginagtkan kita pada peristiwa Badar al Kubra..Ia berlaku di bulan Ramadhan, peristiwa ini sangat wajar diperingati oleh umat Islam. Badar al Kubra mengingatkan sejarah perjuangan yang cukup hebat, di mana jumlah tentera Islam yang kecil mampu mengalahkan tentera kuffar Quraisyh yang 3 kali ganda besarnya.
Badr al Kubra mampu merangsang semangat perjuangan umat masa kini bagi berhadapan dengan musuh-musuh Allah swt.

Pada akhir Ramdhan pula ada satu malam yang dianugerahkan Allah kepada umat Nabi SAW ialah malam lailatulqadar, malam yang lebih baik dari seribulan..Firman Allah dalam surah al-Qadr ayat 1-3 yang bermaksud:
"Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al Qur`an) pada malam kemuliaan,Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu?Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan"
Justeru itu, ana  berpesan kepada semua sama-sama kita mengambil kesempatan ini dan dipertemukan dengan malam lailatulqadar yang malamnya lebih baik dari seribu bulan..i.allah..amin.




Mudah-mudahan  Ramadhan kali ini yang menjadi tetamu umat Islam dimanfaatkan kehadirannya. Jangan lepaskan peluang ini sementara Ramadhan masih dalam genggaman kita.Terlepas Ramadhan dengan tanpa dimanfaatkan hanyalah satu yang sia-sia sahaja, tahun depan belum tentu kita boleh bertemu Ramadhan lagi.

Selamat menjalani ibadah Ramadhan. Semoga Ramadhan ini menatijahkan taqwa kepada kita semua..

Ya Illahi Rabbi, Ya Khaliq fil ‘Alam…
Ku Bersujud dan bersimpuh luruh padaMu..
Pada setiap waktu dalam hidupku yang akan berlalu..
Tak akan kering bibir ini mengucap asmaMu, namaMu yang terindah…
Duhai Tuhanku yang Perkasa, namun lagi Maha Pengasih dan Penyayang,
Dalam perjalanan Hidup yang fana ini
Ku Senantiasa Memohon Ampunanmu, ya Ghaffur..
Hambamu yang senantiasa berlumpur dosa dan nista,
Tunjukkanlah jalanMu pada ku, Tuhan..
Ya Allah Yang Esa, Yang Maha Menguasai Segalanya
Sungguh kusedari hambaMu ini teramat lemah tanpaMu…
Sungguh kuyakini hambaMu ini teramat nista di hadapan keagunganMu…
Engkaulah tempat kuberserah sepenuhnya,
Hanya Engkau yang patut disembah dan dipuji..
Oleh seru sekalian alam ini..
La illaha ilallah, La illaha ilallah..
Alam pun berseru memujamu…
Tiada Tuhan Selain Allah…
La illaha ilallah, Muhammadarrasulullah..
Tiada Tuhan selain Allah, Nabi Muhammad utusan Allah…
Hasbunallah wa ni’mal wakil, Ni’mal maula wa ni’mal nashir…
Cukuplah hanya Allah untukku, dan Allahlah sebaik-baik penolong bagiku…
Laa haula walaa quwwata illa billah…
Tiada daya dan upaya tanpa pertolongan Allah…
Allahumma Amiin ya Allah…


0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
"Tidak ada anugerah yang lebih baik selain peroleh sifat sabar." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

up