Aku tanya Pada Diri



Sungguh mudah diri ini mengaku umatmu,

Sedangkan perilaku aku jauh sekali dari ajaranmu,
Tika sakaratul maut datang menjemputmu,
Umatmu jugalah yang menjadi sebutan mulutmu,
Sedang kami,entahlah,jauh sekali mengingatimu.

Wahai diriku yang kealpaan
Jika benar Rasulullah s.a.w di ingatan,
Kemana semua ajaran Baginda kau lemparkan??
Jika betul Rasulullah s.a.w kau kasihkan,
Kemana hilangnya segala teladan yang Baginda tunjukkan??
Read more>>

Perjuangan



Perjuangan ini
Sesungguhnya perit untuk diredah pahit untuk ditelan
seringkali menduga iman menuntut kesabaran
Namun sahabat,ikhlas ......redhalah
walau diri ini selalu menderita
walau diri ini selalu terkorban
kerana kita yakin dengan janji-janji Allah
"Sesiapa yang membantu agama Allah
nescaya Allah akan membantunya
dan menetapkan kedudukannya"
Bahawa manisnya perjuangan ini akan kecapi di dunia Abadi nanti

Read more>>

Muhasabah diri itu penting







Sahabat berada dalam keadaan sihat walafiat hendaknya dalam menelusuri mehnah dan ujian di dunia ini. Kita hendaklah sentiasa beringat bahawa Allah sememangnya mendatangkan ujian kepada hambanya bagi menilai sejauh mana hambanya ini memikul dan menyelesaikannya hingga sampai ke satu tahap bahawa kita merasakan 'MANIS'nya ujian itu.

Read more>>

Wajahnya selalu kuingat




Yang wajah-wajahnya selalu kuingat.
Yang tiap wajah punya ruang di dalam hatiku.
Yang masing-masing wajah punya cerita bersamaku.
Setiap wajah selalu punya sesuatu untuk dibagi bersamaku.
Yang tiap wajah selalu kurindu.
 Insan itu lah yang kurindu.

Read more>>

Eid al-adha


Dengan Nama Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani


Alhamdulillah Ya Allah atas kurniaan nikmat Iman dan Islam yang dikurniakan Illahi. Hanya pada Mu ku bersujud. Selawat dan salam buat idola hati ku yang amatku cintai dan rindui, Nabi Muhammad s.a.w. dan kaum kerabat Baginda. Tidak lupa jua buat para sahabat dan tabi’in sekalian. Mudah-mudahan Allah menjauhkan diri kita dari penyakit-penyakit hati dan sifat-sifat mazmumah.


Read more>>

Itu Yangku Rasa


Tuhanku
Aku masih ingat, saat pertama dulu aku belajar mencintaiMu…
Lembar demi lembar kitab kupelajari…
Untai demi untai kata para ustaz kuresapi…
Tentang cinta para nabi.
Tentang kasih para sahabat.
Tentang mahabbah para sufi.
Tentang kerinduan para syuhada.
Lalu kutanam di jiwa dalam-dalam.
Kutumbuhkan dalam mimpi-mimpi dan idealisme yang mengawang di awan…
 

Read more>>
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
"Tidak ada anugerah yang lebih baik selain peroleh sifat sabar." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

up