Perjuangan



Perjuangan ini
Sesungguhnya perit untuk diredah pahit untuk ditelan
seringkali menduga iman menuntut kesabaran
Namun sahabat,ikhlas ......redhalah
walau diri ini selalu menderita
walau diri ini selalu terkorban
kerana kita yakin dengan janji-janji Allah
"Sesiapa yang membantu agama Allah
nescaya Allah akan membantunya
dan menetapkan kedudukannya"
Bahawa manisnya perjuangan ini akan kecapi di dunia Abadi nanti


Pada penghujung pertemuan ini
Kita singkapkan kembali lembaran-lembaran semalam
Detik pertemuan kita saat bermulanya khittah perjuangan ini
Betapa sucinya perjuangan hingga menemukan kita
Bertapa kudusnya pertemuan hingga membuahkan kasih sayang
Antara kita saling memberi dan menerima
Bersama mengejar Maghrifah dan Redha Ilahi
Mengapai CINTA KASIH Rabbul Izzati


Andai pertemuan kita berakhir disini
Ingatlah sahabat, bahawa ukhuwah fillah takkan mati
Dan perjuangan ini akan terus dilestari 
Walau siapapun kita,di mana sahaja kita berada
Deenul Islam tetap akan dibela
Dan kita suatu hari nanti
Dunia ini milik kita
Milik perjuangan yang suci ini
Milik Islam yang abadi......selamanya

Berjuanglah wajai Ansorullah
Dengan semangat roh kebenaran
Berjihadlah walau susah menempuh cabaran
Kemengan akan menyusur
Balasan syurga akan menanti...
TAKBIR!!!!!!!!

buat sahabat2 yg ku kasihi fillah...
Kuat KERANA ALLAH...
Kuat  KERANA ISLAM...

 perkongsian ilmu bersama Hj. Mansor 

1 comments:

H.O.L.L.A.N.D said...

perjuangan islam itu indah :) kn ?
adrehanieysayang.b.c :))

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
"Tidak ada anugerah yang lebih baik selain peroleh sifat sabar." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

up