Hijrah



HIJRAH? Apa yang kita faham tentang maksud HIJRAH. Kita sentiasa sering kaitkan hijrah ialah, penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w bersama sahabatnya dari Kota Mekah ke Kota Madinah. Tapi, apakah yang kita faham dengan maksud hijrah yang bertepatan dengan situasi pada masa kini? Bagi DIRI saya sendiri, hijrah ialah satu perubahan dari buruk kepada baik, dan dari baik kepada lebih baik. Sebagai manusia, kita jangan pernah berhenti untuk terus melakukan penghijrahan, kerana kita semua tidak sempurna.

HIJRAH memerlukan PENGORBANAN yang sangat besar...
Namun,janganlah kita sekali-kali berhenti. Dalam banyak tempat dalam Al-Quran, Allah menyatakan bahawa manusia akan diuji. Diuji, dan terus diuji hingga diyakini, siapa yang dalam kalangan kita yang benar-benar 'bulat' hatinya untuk mencari wajah-Nya.

Allah tahu segalanya. Dia tahu bahawa kita ada limit atau batasan. Kita tidak akan mampu terus berubah dengan mendadak. Kita hanya akan mampu berubah, sedikit demi sedikit. Jika kita tidak mampu menjadi manusia yang terbaik, maka kita latihlah diri menjadi manusia yang baik. Lama-kelamaan, pasti kita akan dapat jadi yang terbaik. InsyaAllah..

Jangan pedulikan cakap orang. Bukankah kita mahu berubah kerana Allah? Pandangan Allah itu jauh lebih penting daripada pandangan manusia.

Semoga kita terus istiqamah dalam penghijrahan ke arah yang lebih baik dan semoga redha ALLAH selalu bersama...amin.

Beruntunglah kita andai kita sentiasa berada di dalam keredhaan ALLAH kerana HIJRAH yang kita lakukan..ingatlah kita BERHIJRAH untuk mengubah kehidupan AKHIRAT & mencari keredhaan ALLAH.....



p/s : "Hijrah ialah satu perubahan dari buruk kepada baik, dan dari baik kepada lebih baik"





Read more>>

Mukhsinin




Firman Allah yang mafhumnya,

"Dan segeralah kamu mecari keampunan dari Tuhanmu dan mendapatkan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan bagi orang-orang yang bertakwa. (Iaitu) orang yang berinfak, baik di waktu lapang mahupun sempit, dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan (kesalahan) orang lain. Dan Allah mencintai orang yang berbuat kebaikan. Dan (juga) orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menzalimi diri sendiri (segera) mengingati Allah, lalu memohon ampunan atas dosa-dosanya, dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa-dosa selain Allah ? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan dosa itu, sedang mereka mengetahui. Balasan bagi mereka ialah ampunan dari Tuhan mereka dan syurga-syurga yang mengalir dibawahnya sungai-sungai , mereka kekal di dalamnya. Dan (itulah) sebaik-baik pahala bagi orang-orang yang beramal."

(Ali-'Imran:134-136)

Mohon la padaNya.

"Ya Tuhan kami, ampunilah dosa-dosa kami dan tindakan-tindakan kami yang berlebihan (dalam) urusan kami dan tetapkanlah pendirian kami, dan tolonglah kami terhadap orang-orang kafir"
(Al-'Imran:148)

Wallahua'lam
Read more>>

Kerana Itu Aku

kerana aku wanita
pandangan Adam mampu tembus ke dasar hatiku
kerana aku wanita
ingin disayangi itu fitrah diriku

kerana aku wanita
mudah terpikat dengan keindahan akhlak seorang lelaki
kerana aku wanita
emosiku selalu mengatasi logik akalku

kerana aku wanita
air mata teman setiaku
kerana aku wanita
sensitivitiku terhadap sesuatu amat tinggi

DAN..

kerana aku wanita
aku damba pertolongan darimu Adam
peliharalah bicaramu denganku
jangan bermain kata denganku
takut rosak hatiku

kerana aku wanita
akhlakmu ukuran dimataku
peliharalah akhlakmu dan imanmu
jangan kau burukkan darjatmu pada mataku
takut rosak thiqohmu

kerana aku wanita
maka peliharalah susunan kata-katamu
kerana aku mudah terasa
namun aku bukan lemah
sekadar ingin kau tahu hati ini mudah tercalar

kerana aku wanita
peliharalah dirimu dari mencemuhku
saat titisan jernih mengalir dari mataku
kerana itu cara untukku
meluahkan perasaanku
supaya hatiku tenang kembali

kerana aku wanita
aku memang sangat peka
maka fahamilah kecerewetanku ada sebabnya

WAHAI ADAM,
kalau kau sangka berpakaian selekeh itu 'cool',
hakikatnya kau begitu jelek pada pandangan kami.
andai kau rasa 'usha' itu tanda kejantanan,
darjat mu telah jatuh pada pandangan kami
jika kau fikir hidup membelakangkan agama itu kemodenan,
maka tiada lagi hormat untukmu dari kami.
  
Read more>>
kerana aku  seorang wanita
pandangan Adam mampu tembus ke dasar hatiku
kerana aku wanita
ingin disayangi itu fitrah diriku

kerana aku wanita
mudah terpikat dengan keindahan akhlak seorang lelaki

kerana aku wanita
emosiku selalu mengatasi logik akalku

kerana aku wanita 
air mata teman setiaku

kerana aku wanita
sensitivitiku terhadap sesuatu amat tinggi

DAN..

kerana aku wanita
aku damba pertolongan darimu Adam

peliharalah bicaramu denganku
jangan bermain kata denganku
takut rosak hatiku

kerana aku wanita
akhlakmu ukuran dimataku

peliharalah akhlakmu dan imanmu
jangan kau burukkan darjatmu pada mataku
takut rosak thiqohmu

kerana aku wanita
maka peliharalah susunan kata-katamu

kerana aku mudah terasa
namun aku bukan lemah
sekadar ingin kau tahu hati ini mudah tercalar

kerana aku wanita
peliharalah dirimu dari mencemuhku

saat titisan jernih mengalir dari mataku
kerana itu cara untukku
meluahkan perasaanku
supaya hatiku tenang kembali

kerana aku wanita
aku memang sangat peka

maka fahamilah kecerewetanku ada sebabnya
WAHAI ADAM,

kalau kau sangka berpakaian selekeh itu 'cool',
hakikatnya kau begitu jelek pada pandangan kami.

andai kau rasa 'usha' itu tanda kejantanan,
darjat mu telah jatuh pada pandangan kami

jika kau fikir hidup membelakangkan agama itu kemodenan,
maka tiada lagi hormat untukmu dari kami. 


sumber:
www.iluvislam.com


Read more>>

Andai ini sujud terakhirku


Jika ini sujud terakhirku ya Allah,
Aku ingin ampunkan segala dosa manusia terhadapku, tidak kiralah yang terdahulu ataupun yang akan datang
Tidak kiralah yang aku pernah bersumpah bahawa aku tidak akan ampunkan, aku ampunkan dosa2 mereka ya Allah
Kerana aku juga tidak mahu mereka atau yang lain turut berdendam sekiranya aku ada berbuat salah pada mereka

Jika ini sujud terakhirku ya Allah,
Engkau ampunkanlah dosa kedua ibu bapaku,
Engkau tempatkanlah mereka di dalam syurgaMu.
Engkau peliharalah mereka lebih daripada mereka memeliharaku sejak kecil
Engkau kasihanilah ibuku yang mengandungkanku selama 9bulan 10 hari
Engkau balaslah dengan ganjaran yang banyak terhadap ibu bapaku yang berpenat lelah mencari rezeki


Engkau ampunkanlah dosa2ku dan dosa2 mereka yang pernah kuderhakai
Ampunkanlah dosa kedua ibu bapaku ya Allah..
Kerana aku begitu menyayangi mereka.

Jika ini sujud terakhirku ya Allah,
Kumohon daripadaMu, moga Engkau peliharalah adik-beradikku,
Peliharalah iman mereka Ya Allah,
Jadikanlah mereka pejuang agamaMu,
Jadikanlah mereka anak2 yang soleh dan solehah, yang sentiasa menjaga kebajikan orang tua mereka..
Jadikanlah mereka anak2 yang lembut hatinya, kuat ibadahnya, rajin dalam berusaha, serta menjadi pendokong agama-Mu ya Allah,
Terima kasih kerana meminjamkan mereka kepadaku buat seketika..

Jika ini sujud terakhirku ya Allah,
Moga2 ini sujud terakhirku, kerana aku mengimpikan mati dalam keadaan bersujud,
Namun kutahu aku tidak layak untuk memohon semua itu,
Aku ini hamba yang hina,
Aku hanya tahu meminta ganjaran daripadaMu,
Sedangkan usahaku langsung tidak sepadan dengan ganjaran yang diharapkan
Aku bertekad akan berusaha bersungguh2,
Namun kutahu segala ibadahku belum tentu akan diterima olehMu,
Kerana aku hamba yang hina,
Kerana aku seorang yang selalu meninggalkan solat,
Kerana aku seorang yang selalu laiai dalam menunaikan solat dan melambat-lambatkan solatku,
Kerana aku seorang yang tidak dapat mengawal nafsuku daripada melakukan maksiat,
Aku tewas ya Allah, aku tewas dengan kejahatanku, aku tewas dengan ajakan syaitan.

Jika ini sujud terakhirku ya Allah,
Aku tahu Engkau berhak mencabut nyawaku ketika aku belum sempat mengangkat kepalaku untuk duduk tahiyyat akhir,
Kerana mati itu lebih dekat daripada urat di leherku.

Jika ini bukan sujud terakhirku ya Allah,
Aku berharap semoga aku dapat melakukan ibadah yang dapat mendekatkan diriku kepadaMu,
Aku ingin menjadi pejuang agamaMu,
Tetapi segala kekuatan hanyalah datang daripada-Mu,
Hanya Engkau ya Allah yang mampu kuluahkan segala rasa,
Kerana manusia pasti tidak dapat membantuku,
Ya Allah, semoga selepas ini aku dapat menunaikan segala amanahku,
Terhadap orang di sekelilingku,
Terhadap mad’u ku,
Ya Allah, tiada yang kupinta melainkan redhaMu,
Aku ingin sekali menjejak syurgaMu, namun kutahu aku belum layak, malah pantas sekali api neraka menarikku,
Kerana banyaknya dosaku padaMu, aku jadi malu terhadap diriku sendiri,
Kerana aku selalu meminta tetapi tidak pula memberi,
Tetapi hanya redhaMu yang mampu selamatkan aku daripada percikan api nerakaMu..
Aku ingin bertemu dengan-Mu dalam keadaan yang Engkau redha padaku,
Dalam keadaan yang Engkau tidak murka padaku,
Aku telah berusaha sedaya upayaku agar Engkau redha dengan setiap perbuatanku,
Namun aku lemah dalam hubunganku sesama manusia,
Aku tidak mampu melakukan apa yang tidak kusuka,
Aku jadi susah menundukkan egoku,
Kerana hatiku keras dan hitam,
Kerana aku hanyalah seorang manusia biasa,
Yang hanya tahu meminta..

Ya Allah, aku ingin melihat hubungan yang akrab,
Antara aku dan adik beradikku,
Antara aku dan sahabat-sahabatku,
Kuatkanlah mereka, jadikanlah mereka pejuang agamaMu,
Hanya Engkau tempatku meminta

Wahai Tuhanku,
Mungkin Engkau tidak suka kerana aku banyak meminta,
Dan tidak banyak memujiMu,
Tetapi aku tahu hanya Engkaulah satu-satunya tempat untukku meminta,
Tidak mampu untukku serahkan permintaanku pada manusia,
Kerana mereka tidak mampu untuk membuat apa-apa.
Kerana Engkaulah Tuhan yang Maha Mengetahui,
Kerana Engkaulah Tuhan yang Maya Pemurah,
Kerana Engkaulah Tuhan yang Maha Penyayang,
Kerana Engkaulah Tuhan yang Maha Bijaksana,
Kerana Engkaulah segala-galanya..
Kerana aku hanya ada Engkau, dan aku tahu Engkau Maha Mendengar setiap keluhan dan permintaan daripada hambaNya..

Jika ini sujudku yang terakhir.....
semoga aku beroleh kematian husnulkhotimah, 
amiiin ya Rabb
Read more>>

Aku Bukan Wanita Idaman


~aHLANA wa SAHLAN~


Aku bukanlah wanita idaman
bukan juga wanita harapan
tetapi aku berusaha menjadi sedemikian
mencari sinar kebahagiaan
disulami kasih sayang dari Tuhan

Aku bukanlah wanita pilihan
bukan juga wanita acuan Al - Quran
tetapi aku menyimpan seribu harapan
menggapai bintang menjadi awan
berarak riang mencari kawan
supaya aku dipimpin jalan
tidak terpesong haluan


Yang ku cari bukan pada paras rupamu
bukan juga pada susuk tubuhmu
tapi yang ku inginkan hanyalah satu
jagailah agama yang ada pada dirimu
juga menyimpan seribu keinginan
Diri menafikan segalanya
Saat kehadiran tidak diduga
Tuhan izinkan aku berkata
Aku masih belum bersedia

PadaMu jodoh ditentukan
dan kepadaMu jugalah kami disatukan
Seandainya inilah masa yang diperlukan
aku mohon diriku ditetapkan
Read more>>

Kerana Engkau Wanita

Dipetik daripada tulisan Dr. Danial Zainal Abidin
M.B.Ch.B. Universiti Alexandria




Secara dasarnya peranan lelaki dan wanita adalah sama di sisi Allah, iaitu mengabdikan diri kepada Allah, membentuk keluarga berasaskan takwa dan mengajak kepada makruf serta mencegah kemungkaran dalam masyarakat. 

Walaubagaimanapun, dalam bidang-bidang tertentu, fokus wanita berbeza dengan lelaki. Perbezaan ini bukan melambangkan penghinaan sebaliknya melambangkan kemuliaan dalam kelainan. Dalam surah Ali-Imran ayat 195, Allah berfirman,

“Maka Allah memperkenankan permohonan mereka (dengan berfirman), sesungguhnya Aku tidak mensia-siakan amalan orang yang beramal antara kamu baik lelaki ataupun wanita kerana sebahagian kamu adalah keturunan dari sebahagian yang lain.” 



1.MENGUASAI ILMU

Seperti lelaki, wanita wajib menguasai ilmu, terutamanya ilmu agama. Berhubung dengan ini nabi bersabda,“Menuntut ilmu adalah wajib bagi setiap orang Muslim (lelaki ataupun perempuan).” (Riwayat Ibn Majah).

Ramai wanita Islam di zaman dahulu bergelar cendekiawan kerana kehebatan ilmu mereka. Aisyah r.a. sendiri merupakan seorang pakar hadis yang menjadi rujukan kepada orang lain. Beliau meriwayatkan ribuan hadis. Imam Syafie pernah berguru tentang hadis kepada Sayyidah Nafisah di al-Fustat. (rujuk Muslimah dalam Pembentukan Ummah, Mustafa Ramadhan, AS Noordeen, KL)

2.MELAKSANAKAN IBADAH SERTA BERAMAL SOLEH 

Dalam surah an-Nahl ayat 97 Allah berfirman,“Barangsiapa yang melaksanakan amal soleh sama ada lelaki ataupun perempuan dan dia beriman, maka Kami akan berikan kepadanya kehidupan yang baik...” Dalam melaksanakan amal, dua kriteria perlu dijaga, iaitu keikhlasan hati dan cara yang mengikut syariat.

3.BERSAMA SUAMI MEMBINA RUMAHTANGGA ISLAMIK 

Mengikut Imam Bukhari, nabi bersabda,“Setiap anak dilahirkan dalam fitrah. Kedua ibu bapanyalah yang meyahudi, menasrani atau memajusikannya.” Antara peranan ibu ialah memberikan susuan ketika anaknya kecil dan menggunakan kelembutannya untuk mendidik anak agar mencintai Allah, Rasul dan Islam.

Pendidikan ke atas anak-anak bermula dengan pendidikan ke atas diri sendiri. Hadis yang boleh dijadikan panduan dalam pendidikan anak-anak ialah sabda nabi “Beramal lah untuk mentaati Allah dan menjauhi maksiat. Suruhlah anak-anak kamu supaya menuruti perintah Allah dan menjauhi yang dilarangNya. Inilah pemeliharaan diri mereka dan kamu dari neraka.” (Riwayat Ibn Jarir & Ibn Munzir)

 4.BERPERANAN DALAM MASYARAKAT DAN NEGARA

Islam tidak melarang wanita berperanan di dalam masyarakat mengikut kemampuan masing-masing, asalkan tugas-tugas asas kepada Allah dan keluarga tidak diabaikan. Berpandukan hadis Muslim, nabi Muhammad pernah mendoakan agar Ummu Haram, iaitu isteri sahabat Ubadah bin Shamit, dapat keluar berperang di lautan bersama-sama dengan tentera-tentera Islam yang lain. Ini menunjukkan Nabi mengiktiraf sumbangan wanita Islam di luar rumah. Malah wanita diizinkan memimpin masyarakat jika mereka berkemampuan. 

Di zaman khalifah Omar, beliau melantik seorang wanita bernama Ummul Syifa binti Abdullah menjadi penyelia pasar di Madinah. Jika dibandingkan jawatannya dengan suasana hari ini, tugas ini boleh disamakan dengan tugas seorang Ketua Pengarah di Kementerian Hal Ehwal Pengguna.

Di tempat kerja, wanita Islam perlu berdakwah dengan menunjukkan contoh yang baik sama ada di sudut akhlak ataupun komitmen kepada pekerjaan. Mereka seharusnya bersikap proaktif (bukannya pasif) dengan menganjurkan program-program kesedaran di tempat kerja mereka mengikut saluran yang ada. Mereka juga perlu berani menyuarakan pandangan secara yang makruf untuk kebaikan bersama di tempat kerja. Contohilah wanita di zaman khalifah Omar ini.

Pada suatu ketika, khalifah Omar menyampaikan khutbah di atas mimbar dan beliau menjelaskan tentang penetapan kadar mahar agar ia tidak begitu tinggi. Seorang wanita bangun untuk menegur khalifah Omar kerana pada pandangan wanita itu, tindakan untuk hadkan kadar mahar bercanggah dengan ketetapan Al-Quran. Selepas mendengar hujah wanita itu, khalifah Omar terus berkata, “Wanita itu betul dan lelaki ini (iaitu Omar) salah.” Riwayat ini menunjukkan suara kaum wanita adalah penting dalam konteks pembangunan negara.

Contoh Wanita Cemerlang Contoh itu ialah Siti Khadijah bt Khuwaylid bin Asad bin Abdul Uzza bin Qusay radhiyallahuanha, isteri Nabi yang pertama. Beliau merupakan wanita unggul 6 dalam 1. 

1. Beliau seorang hamba Allah yang tinggi takwanya. Beliau sentiasa bersama Nabi mengabdikan diri kepada Allah serta tinggi pengorbanannya untuk Islam. 

2. Beliau seorang isteri yang setia. Ketika Nabi bertahannuth di Gua Hirak, beliaulah menyediakan persiapan. Ketika Nabi mendapat wahyu yang pertama, dan ini mengejutkan Baginda, beliaulah yang menenangkan Nabi.

3. Beliau merupakan seorang ibu yang berjaya dan dikurniakan dengan enam orang cahaya mata. Antara yang menonjol ialah Fatimah az-Zahra ra.

4. Beliau ialah seorang ahli perniagaan yang berjaya. Mengikut Ibn Saad dalam Tabaqat, apabila peniaga-peniaga Quraisy bersiap sedia untuk memulakan musafir, jumlah barang-barang perniagaan Khadijah sahaja menyamai jumlah kesemua barangan yang dibawa oleh peniaga yang lain.

5. Beliau seorang ahli masyarakat yang dihormati. Beliau di gelar 'Thahirah' atau 'Yang Suci' oleh arab Mekah. 

6. Beliau pemimpin dan contoh bagi kesemua umat Islam. Beliau bergelar Ummul Mukminin.
  

Read more>>

Bicara Tanpa Suara



Bismillahirahmanirrahim

Wahai ALLAH yang menciptakan langit dan bumi yang bersifat keagungan dan kemuliaan, aku memohon kepadaMU wahai ALLAH yang Maha Pengasih dengan KeagunganMU dan Cahaya zatMU, agar Engkau sinari mata hatiku dengan KitabMU, Engkau tinggalkan segala isi KitabMU di hati dan lisanku, Engkau hilangkan kesusahan dari hatiku dengan KitabMU, Engkau lapangkan hatiku dengan KitabMU, sesungguhnya tidak ada yang menolongku atas kebenaran melainkanMU dan tidak ada yang Memberiku kebenaran kecuali Engkau dan tidak ada upaya untuk aku meninggalkan kemaksiatan melainkan Engkau yang membantu, tidak juga ada kekuatan untuk aku mengerjakan ketaatan kecuali dengan perrtolongan ALLAH yang Maha Tinggi lagi Maha Agung. 

Aku ingin mengadu, terus mengadu segala2 yang sedang bersarang di lubuk hatiku, tetapi bagaimana ya Allah?? Ayat apa yang harus aku susun?Isi hati apa yang harus ku luah? Sedangkan segala-galanya sentisa dalam pengetahuannMU,sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui. Aku mohon kekuatan darimu untuk aku menulis dan terus menulis. Berikan maghfirahmu ke atasku.Kurniakanlah bagiku RedhaMu.

"Dan di antara tanda-tanda kekuasaan Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikannya di antara kamu rasa kasih dan sayang.¨ 
(Ar-Rum: 21)

Penulisan kali ini ditujukan khas buat Bakal zaujku yang aku sendiri tidak ketahuinya

Bakal zaujku,
Dinikahi seorang wanita itu kerana empat perkara.. Pertama, kerana hartanya. Kedua,kerana keturunannya. Ketiga,kerana kecantikanny. Keempat kerana agamanya. Maka pilihlah hal keagamaannya, maka beruntunglah kedua-dua tanganmu…Jika agama yang lebih aulah buatmu, aku juga begitu.

Buat bakal zaujku yang dirahmati Allah,
Aku cuma menginginkan Engkau sedang dalam persediaan,melaksanakan persiapan. Persiapkan dirimu dengan persiapan yang cukup rapi.Walau siapapun Engkau,yang penting Engkau belajarlah,belajar dalam menambahkan lagi ilmu pengetahuanmu,agar suatu hari nanti Engkau mampu mengajar anak-anak, permata hatimu dengan ilmu yang Engkau ada.

Untukmu Bakal zaujku
Ketahuilah,aku tidak mahu Engkau berputus asa dalam mencari agama ALLAH,kerana pastinya aku disini sentiasa mendoakan Engkau agar sentiasa bersemangat menjulang panji-panji Allah,semoga Engkau mampu mencontohi Asadullah. Pastinya aku sentiasa bermohon pada Rabbku agar Engkau terus tegak dalam memperjuangkan kalimahNya walau dijengah mehnah lantaran zaman ini Engkau sendiri mengetahuinya,zaman ini adalah pengakhiran sebuah destinasi.Dunia sudah terlalu tua, ia hanya menanti masa.

Bakal zaujku, ketahuilah ALLAH ada menyebut dalam firmannya:

Hai manusia, sesungguhnya Kami ciptakan kamu, lelaki dan perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal. (Al-Hujarat:13)

Calon zaujku yang telah dijanjikanNya,

 "Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana itu Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan kerana mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian dari harta mereka". (An-Nisa':34).


Maha Suci ALLAH, dalam Surah An Nisa Allah jelas menunjukkan kemuliaan  bagi kaum yang bergelar wanita. Istimewanya wanita itu sehinggakan Allah menukilkan pesananNya dalam surah khusus buat wanita. Subhanallah. Dan itulah janji-janji Allah bahawa seorang wanita yang solehah itulah mutiara syurga buat suaminya walaupun kekayaan duniawi tidak terhampar di kakimu. 
Subhanallah


Buat bakal Zaujku,Kelemahan itu adalah kekuatan yang dikurniakan Allah buat kami sebagai wanita. Dari kelemahan itulah adakah Engkau tahu bahawa terletaknya rahim yang telah melahirkan seorang Rasul, seorang Nabi, seorang abid dan juga pejuang jihad yang Allah janjikan syurga demi setitis darah mereka?Ia lahir daripada jerih doa, penat lelah juga kesabaran  seorang bernama wanita. Aku ingin Engkau tahu, bahawa aku  ibarat tulang rusuk yang rapuh & bengkok, perlu berhati-hati untuk meluruskanya. Lantaran itu, janganlah Engkau hadir untuk menunjuk cengkaman kuku tajam di kaki, jgn juga mengugut dgn paruh berbisa. Hadirlah dgn setulus semangat di hati, bahawa antara kita perlu sentiasa perbaiki diri.

Bakal zaujku yang dirahmati,
Jika asas baitul muslim itu kukuh, tidak mustahil ia mampu melahirkan pejuang-pejuang agamaNya yang berpedangkan takwa dan berperisaikan iman. Di hati mereka bercahaya dengan kasih sayang iIlahi kerana mereka lahir daripada bait-bait penyatuan dua jiwa yang hidup berbumbungkan sunnah berpelitakan al-Quran, berdindingkan wasatiah dan qanaah. Itulah hakikat sebuah baitul muslim. Cukuplah setakat ini dahulu,buat waktu ini,ketika ini. Insyaallah kelak aku pasti akan kembali menulis untukmu.Namun, doaku padamu tidak pernah berakhir. Seperti doaku pada ALLAH Rabbul Izzati, moga saf antara aku juga Engkau akan bersama-sama melalui siratul mustaqim yang lurus menuju jannahNya yang dirindui. InsyaAllah.



Ya allah,aku bermohon kepadamu Ya Allah
kurniakan bagiku bakal zauj yang mencintaiMu lebih dari segala sesuatu
 Seorang zauj yang akan Kau pilih menjadi sebahagian daripada hidupku
Seorang zauj yang hidup bukan untuk dirinya sendiri tetapi untukMu
Seorang zauj yang tidak hanya mencintaiku tetapi juga menghormatiku
Seorang zauj yang mampu mendidik diriku menjadi seorang muslimah
Seorang zauj yang akan menguatkan lagi agama di dalam hatiku
Seorang zauj yang dapat menjadi sahabat terbaikku dalam setiap waktu dan situasi
Seorang zauj yang dapat membuatku rasa sebagai seorang wanita ketika berada di sisinya

Dan aku memohon ya ALLAH..

Berikan aku sekeping hati yang sungguh mencintaiMu, sehingga aku dapat mencintainya dengan cintaMu, bukan mencintainya dengan sekadar cintaku,berikan kepadaku tangan supaya aku mampu berdoa untuknya,kurniakan aku mulut yang penuh dengan kata-kata kebijaksanaanMu dan pemberi semangat kepadanya


AMIN YA RABBAL ALAMIN

p/s Dalam 1 kulliyah yg disampaikan oleh Ustaz Badlishah, antara tips untuk menjadikan baitulmuslim itu sebahagian daripada gedung pahala ialah dengan

ü  Masing-masing faham & memainkan peranan..sebagai contoh suami melaksanakan  tanggungjawab memberi nafkah sementara isteri memberi ketaatan kepada suami.
ü  Berbangga dengan kelebihan yang dimiliki pasangan masing-masing
ü  Menerima kelemahan zauj atau zaujah seadanya
ü  Berkahwin bukan hanya untuk membina masjid, tetapi yang lebih penting  bagaimana untuk  memastikan masjid itu terus 'hidup' dengan suluhan iman & islam. Imam dan makmumnya sama-sama mendapat kebaikan dan kasih sayang serta cinta yang disuburkan didalamnya kekal hingga ke syurga kelak.



Read more>>

Kasih Tiada Nokhtah



Tatkala sang bayu menghembus dedaun kehijauan.Kududuk seorang diri menghirup udara segar.  Sayup-sayup hatiku menahan sebak di dada.Perasaan yang terpendam di hati tak dapatku tahan.  Itulah kasih ibu. Kasihnya yang setia tak dapat di tebus dengan apapun walau dengan gunung emas .

"Ya Allah, 
Kau ampunilah kedua ibubapaku
kasihanilah kedua ibubapaku 
sebagaimana mereka mengasihaniku sewaktu kecil dahulu."

Selamat hari ibu ku ucapkan buat IBU tersayang, Junaidah Md Noh, juga buat arwah ibu Ani binti Russ. Syukran Laki Ya Ummie, Wa Ana Uhibbuki Jiddan!


Ketabahan serta kecekalanmu benar-benar begitu terkesan pada jiwaku. Hari ini 8 Mei, genap 4 bulan Engkau pergi meninggalkan kami semua. Namun kami pasrah menerima kehendak yang Maha Esa. Dia lebih menyayangimu. Kini Engkau telah pergi buat selamanya, jauh meninggalkan dunia, di alam yang cukup asing.. jauh di sana, tetapi ... Kami tahu dan kami yakin bahawa kita tetap hampir, kita cuma terpisah oleh dua alam yang berbezaKasih sayang kami anak2 tidak mungkin akan padam, jalinan dan tautan yang mampu kami sambungkan, hanyalah kiriman doa dan bacaan ayat-ayat suci, khas buat ibu di sana, tanda kasih daripada anak2mu yang jauh. Kami sedar bahawa kami tidak keseorangan. Kami sedar Allah amat mengasihi kami, sentiasa ada disamping kami. Walau kami kehilanganmu ibu, ia tidak bererti episod hidup kami berakhir. Bukan sekadar hari ini ucapan keramat itu di ungkapkan. Malahan setiap detik..ketika..dan saat..Bagiku adalah untukmu..kalaupun cinta kita tidak bertaut di dunia, biarlah ia bertaut di syurga.


Wahai ibuku,
Usahlah dirisaukan akan sesuatu yang telah tertulis untuk anakmu,
Sungguh Si Penciptanya lebih mengetahui apa yang terbaik untuk setiap ciptaanNya...
termasuklah aku, anakmu ini wahai ibuku..

Wahai ibuku, 
Sesungguhnya...
Aku begitu menginginkan untuk memiliki jiwa setabah mu,
Berjaya mendampingi hati seorang insan yang begitu kuat ikatannya dengan Ilahi,
Insan yang ku kenal sedari kecil seorang yang begitu istiqamah dalam ibadahnya...
tidak pernah membiarkan malam-malamnya berlalu sepi...
memastikan zuriat keturunannya mengenal akan Rabbnya,
engkau harungi segala dugaan dan kepayahan,
Hingga hari ini, kau sudah mampu tersenyum melihat kejayaan anak-anakmu...

Wahai ibuku,
Tarbiyyah yang telah diberikan Allah untukku masih belum cukup untuk aku menjadi sepertimu,
oleh kerana itu, hilangkanlah segala resah di hatimu...
lantaran melihat dugaan yang Allah datangkan untuk anakmu,
Maafkan aku andai ada kalanya aku terpaksa membohongimu,
Sekali pun engkau tidak pernah mendidikku untuk berbohong,
Tetapi itulah yang sebaiknya untukmu...
lantaran aku tidak sanggup untuk melihat raut kerisauan di wajahmu...
setiap kali engkau memandang tepat ke mata ku...
Akan aku tepis segala kedukaan di sudut yang paling jauh dan paling dalam di hatiku,
Agar engkau tidak sesekali dapat menemuinya...
Walaupun aku tahu, engkau sering berusaha untuk mencarinya...
saat engkau menerung tajam ke dalam mataku...

Maafkan aku wahai ibuku,
kerana Tuhanku hanya mendidikku jalan untuk membahagiakan hatimu,
bukannya jalan untuk menambah kedukaan dan kerisauan di hatimu...

Wahai ibuku,
Sebesar mana pun ujian yang perlu dihadapi anakmu,
Jangan lah sesekali engkau khuatiri,
Kerana Tuhanmu telah berkata la yukallifullahu nafsan illa wus'aha
cukuplah sekadar engkau meyakini akan janjiNya,
Kerana Penciptanya lebih berhak untuk mendengar dan memujuk hatinya...
lantas menguatkan jiwanya,
Hanya doamu yang ku pinta...
mengiringi setiap langkah perjalananku...
agar aku sentiasa di dalam redhaNya...

Wahai ibuku,
Sesungguhnya Allah sedang menyiapkan anakmu...
agar ia kembali dan tergolong antara penghuni seindah-indah perkampungan yang tidak dapat dibayangkan oleh fikiran manusia,
Oleh itu... bahagiakan lah hatimu...
Kerana Rabbnya masih di sisinya...melihat, menjaga, dan mentarbiyyah dirinya...
Moga kasih dan cintaku untukmu terus kekal hingga ke syurga,
kerana aku terlalu menyayangimu wahai ibuku.....


p/s: al-fatihah buat allahyarham Ani binti Russ, semoga rohnya kan terus dicucuri rahmat Illahi dan tenangnya setenang air danau yang indah di pusaranya.. Ya Allah, ampunilah segala dosa hambamu dan tempatkanlahnya di kalangan orang-orang yang solehah. Buat Ibuku Junaidah Md Noh, kami anak2 mu amat menyayangimu.  Terima KASIH atas limpahan kasih sayang juga pengorbanan yang Engkau berikan. Sungguh Engkau wanita istimewa. Allahuma Ameen. 

Read more>>

SentuhanMu





Ya Allah...
Saat ini...
Tika ini...
Waktu ini...
Aku teramat merindui Mu...
Merindui Mu...Merindu ampunan Mu...
Ya Ilahi...

Ya Allah...
Adakah aku sedang berdusta..?
Adakah aku sedang menjauh dari Mu...?
Adakah aku sedang berpaling dari Mu..?
Adakah aku sedang menghindar diri dari Mu..?

Read more>>
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
"Tidak ada anugerah yang lebih baik selain peroleh sifat sabar." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

up