Dirimu Pastiku Rindu

~ Bismillahirrahmanirrahim ~

To my dear sahabat fillah yang sentiasa di ingatan, moga dalam redhaNya selalu…
Allah SWT berfirman:
“Kepada Allah jualah kembalinya kamu, dan Dia amat berkuasa di atas tiap-tiap sesuatu”(Surah Hud : 4)
Daripada Allah S.W.T kita datang kepadaNya jua kita kembali..Itu lumrah hidup.Dunia ini hanyalah persinggahan semata-mata kerana akhirat jua yang kekal selama-lamanya. 


Ya Allah
Tidak mahu kuakui tewas,
Biar menggunung badai menghempas,
Tidak mahu kuterus menangis,
Lantaran pujukan-Mu cukup manis! 
 (Surah ali-Imran: 132-143)

Panggilan telefon yang dibuat kira-kira dua minggu lepas bersama  ibu sahabat ana Allahyarham Ani bt Russ tidak ana sangka rupa-rupanya nya perbualan terakhir antara kami berdua.  Masih ana ingat sewaktu ana bertanya khabar tentang kesihatan beliau. Suaranya kelihatan begitu lemah sekali. “doktor kata mak cik dah boleh keluar hospital dah petang nie. Cuma tinggal tunggu report dari doktor.” Melalui suaranya ana dapat mengagak sepertinya beliau tidak sabar untuk keluar dari dari tempat itu. Rasa bersalah menyelubungi diri ana  tatkala semasa ana membuat panggilan beliau sedang menikmati juadah makan tengahari di Hospital Sg.Buloh. 

Kata-kata semangat, dan dorongan buat beliau agar kekuatan yang luar biasa diberikan buat beliau sempat ana berikan sebelum pebualan kami berakhir. Itu sahaja yang mampu ana laksanakan. Maafkan ana. Setiap kali ana berbual bersama beliau, dan setiap kali itu  juga jiwa ana terasa begitu tersentuh. Benar, ana terasa terkilan kerana tidak berkesempatan menemui beliau,tidak berpeluang menziarahi beliau. Perancangan ana untuk melawat beliau di hospital terbatal beberapa kali akibat beberapa masalah yang ana sendiri tidak jangkakan. 

Buat sahabatku sayang kerana lillah,tenanglah dan sabarlah menghadapi kehilangan ibumu tersayang, Ibumu cuma pergi menemui Tuhannya calitkanlah doa buat dirinya seusai solat kita agar kehidupan ibumu dialam sana tenang dan tenang kerana sinaran cahaya doa kita. Sesungguhnya Allah menjanjikan syurga bagi orang-orang yang bersabar. Maka bersabarlah. Yakinlah dengan janji-janji Allah.  Sungguh kesedihan itu tidak mampu ana bendung ketika ini.Tidak dapat dibahaskan mahupun diungkap dengan kata-kata.

Apa yang ana mampu laksanakan akan ana tunaikan. Setiap pesanan beliau ana cuba laksanakan. Moga dirimu kini tenang menyahut seruan illahi, selepas berhempas pulas menyabung nyawa,menghadapi perit getir liku-liku kehidupan dan berjuang melawan derita. Sunnguh dirimu wanita tabah, seorang wanita cekal yang cukup Hebat yang pernah  ana kenali.  Ana mendoakan segalanya yang terbaik buat dirimu.

Panggilan dariNya membuatkan ana terasa begitu sayu namun bersyukur kerana penderitaan dirimu kini berakhir. Hampir semua ikhtiar telah dilakukan tetapi besarnya kejadian Allah itu, jika Dia tidak membenarkan apa-apa juga berlaku,perkara itu tidak akan berlaku....tetapi........jika ada keizinanNya,manusia tidak akan mampu menahanNya..

Sahabatku sayang kerana lillah, sepanjang hidup ini kita tidak dapat mengelak dari diuji, sama ada berat atau ringan. Ada yang diuji dengan kemiskinan, ada yang diuji dengan kehilangan ahli keluarga, ada yang diuji dengan penyakit, ada orang yang diuji dengan wang apabila menjadi seorang pemimpin, dan pelbagai-bagai lagi ujian yang perlu ditempuhi. Bak kata pepatah jika tiada ujian bukanlah dinamakan hidup. Akan tetapi semua ujian yang ditimpa kepada kita sama ada ringan atau berat hanyalah bertujuan untuk mengangkat atau menghina tahap keimanan kita kepada pencipta. 

Dari itu, kita diajar untuk berdoa kepadanya. Segala ujian yang ditimpa hendaklah kita menyerahkan seratus peratus kepada Allah. Moga-moga kita mendapat afiah daripada setiap ujian yang diuji. Kita juga disuruh oleh Rasulullah saw agar selalu meminta afiah kepada Allah bukan meminta dikuatkan kesabaran kerana meminta ditingkatkan kesabaran bererti kita meminta Allah menurunkan ujian kepada kita.

Sahabat, percaya dan yakin lah bahawa Allah mengetahui dan memahami apa yang Engkau sedang  alami dan rasai ketika ini. Beruntunglah kerana kita punya Allah, walau derita tidak di ungkap, walau perit tidak diluah, namun Dia mengetahui apa yang kamu rasai dan Dia juga Penolong kepadamu. Tidakkah kamu merasa beruntung punya DIA di sisi mu??

Wahai sahabatku sayang kerana lillah, jangan Engkau  bersedih, La tahzan.  Innallaha Ma'ana .
Allah ada bersamamu,setiap masa disampingmu dan kamu sangat beruntung.

Hakikatnya, Allah lebih menyayangi ibumu. Maka redhakan pemergiannya..Moga ibumu ditempatkan dikalangan mereka yang beriman dan beramal soleh. Al-Fatihah..

Sudah tertulis kematian
Pada suratan kehidupan
Namun hanya ALLAH yang tahu
Bilakah ajal bakal bertamu

Detiknya menghampiri
Tanpa petanda yang menanti
Bila tiba saatnya nanti
Tak siapa dapat melarikan diri

Itu hakikat dan kepastian
Hadirnya tidak pernah kita alukan
Tua dan muda, miskin dan kaya
Semua insan pasti melaluinya

Sakit dirasa tidak terkata
Tika dipisahkan jiwa dari jasadnya
Hanya amalan mampu redakan
Bebanan derita di ambang kematian

Denyutan nadi akhirnya terhenti
Bersama nafas yang tak terhela lagi
Kerana jiwa meninggalkan pergi
Pulang kembali untuk menghadap Ilahi

Dari ALLAH kita datang,
KepadaNya jua kita pulang

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
"Tidak ada anugerah yang lebih baik selain peroleh sifat sabar." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

up