:Hatiku, di Mana Letaknya Kedudukanmu


Rujukan:
Penulisan Saudara Umar Aiman Osman
Buku bangunlah Anak-Anakku (Ummu Anas)
Tempat perkongsian  ILMU:  meja pc mini Library Institut Kajian Dasar Makanan Dan Pertanian.(ikdpm)





Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Salam Ukhuwah Mahabbah, Buat sahabat pembaca yang dirahmati Allah sekalian,

Segala puji hanya selayaknya bagi Allah, Rabbul Wadud, Rabb Pemilik Segala Kecintaan, dan Dialah Pemilik Segumpal Darah yang berada di dalam tubuh seorang insan bernama hamba iaitu Hati Nurani. Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar. Hanya kepadanya kita panjatkan setinggi2 kesyukuran kerana masih diberi kesempatan untuk menjadi hamba yang sedar kerana tidak semua manusia menyedari hakikat nikmat ini, Lalu mereka menjadi hamba yang begitu sombong dan angkuh dengan bahana kecintaan terhadap dunia yang begitu mendustakan. Semoga kita tidak lagi bersama golongan 2 ini , insyaAllah,aminnn. Selawat dan salam buat Rasul Junjungan Umat, Rasulullah saw, kekasih pilihan Allah yang begitu unik, merupakan suri teladan buat kita seluruh umat Islam sepanjang zaman. Assalamualaika, Ya Rasulullah.



Ana mendoakan agar, sahabat2 sekalian sentiasa berada dalam keadaan sejahtera, disejahterakan, dan mensejahterakan, kerana sesungguhnya Islam itu bermula dari perkataan ‘salam’, iaitu sejahtera. Maka, sesiapa yang berada di dalamnya dan mengikuti jalan hidup seperti mana yang dianjurkan olehnya akan sentiasa disejahterakan oleh Rabb Yang Mensejahterakan (As-Salam). Sesungguhnya sabda Rasulullah saw:

‘Ketahuilah kamu di dalam badan manusia terdapat segumpal darah. Apabila baik maka baiklah keseluruhan segala perbuatannya dan apabila buruk maka buruklah keseluruhan tingkah lakunya. Ketahuilah kamu bahawa ia adalah hati’

Pada hari ini, ingin saya berkongsi sedikit ilmu Allah bersama sahabat2 pembaca sekalian mengenai Pembahagian Hati.

Pertama: Hati Yang Sihat


Hati yang sihat, iaitu hati yang bersih yang seorang pun tidak akan mampu selamat pada hari kiamat kecuali jika dia datang kepada Allah dengannya. Mafhumnya:

“(iaitu) di hari harta dan anak-anak lelaki tiada lagi berguna, kecuali orang-orang yang menghadap Allah dengan hati yang bersih.” (As-Syuara’: 88-89)

Qalbun Salim iaitu hati yang bersih dan selamat dari berbagai unsur syahwat yang menyalahi perintah dan larangan Allah, bersih dan selamat dari pelbagai syubhat yang bertentangan dengan beritanya.

Kedua: Hati Yang Mati

Hati yang mati, tidak ada kehidupan di dalamnya. Ia tidak mengetahui Rabbnya, tidak menyembah dan menunaikan haknya sebagai seorang hamba dengan sebenar-benarnya. Bahkan selalu tunduk dan akur kepada hawa nafsu dan kelazatannya. Oleh itu, dia akan dimurkai dan dibenci Allah maka hatinya menjadi kosong, tiada tempat bergantung, dan kehidupannya begitu jauh dari landasan kebenaran. Namun, dia tidak memperdulikan semua itu, asalkan mendapat apa yang diinginkannya, tidak kira sama ada, perkara itu diredhai Allah atau sebaliknya. Ia mendambakan cinta selain Allah dalam cinta , takut, harap, redha dan benci, pengagungan dan kehinaan. Hawa nafsu membuatnya buta dan tuli selain dari kebatilan.Dalam realiti dunia pada hari ini, kita dapat melihat dengan mata sendiri, apabila hati manusia telah mati, maka, mereka mencari cinta-cinta lain selain cinta Allah, seperti cinta kepada harta dan pangkat juga manusia. Lalu, rasuah dan dengki-mendengki menjadi makanan yang semakin menghancurkan hati. Hidup tiada ketenangan, resah akan kehilangan harta yang dimiliki, saling jatuh-menjatuhkan antara satu sama lain. Dan akhirnya, bunuh diri menjadi satu titik pengakhir semua permasalahan. Maka, sebenarnya, kita menambahkan masalah atas masalah.  Hal ini berlaku apabila hati manusia telah mati dan sudah tidak mengenali fitrahnya sebagai seorang hamba.

Maka, berkawan dan bersahabatlah dengan insan-insan yang memiliki hati seperti ini adalah penyakit, bergaul dengannya adalah racun dan menemaninya adalah kehancuran.

Ketiga: Hati Yang Sakit


Hati yang hidup, tetapi cacat. Ia memiliki dua material yang saling tarik menarik. Ketika ia menang di dalam pertarungan itu, maka di dalamnya terdapat kecintaan kepada Allah, keimanan, keikhlasan dan tawakal kepadaNya. Namun, di dalamnya juga terdapat kecintaan lain, iaitu cinta kepada hawa nafsu, keinginan dan usaha keras untuk mendapatkannya, dengki, takabbur, bangga diri, kecintaan, berkuasa dan membuat kerosakan di bumi, itulah material yang menghancurkan. Ia senantiasa diuji 2 penyeru:

1)     1)  Menyeru kepada Allah swt dan rasul serta hari akhirat.
2)     2)  Menyeru kepada kenikmatan sesaat.

Allah menjelaskan ketiga-tiga jenis hati ini di dalam firmanNya yang bermaksud:

“Dan tidaklah Kami mengutuskan sebelummu seorang Rasul atau seorang Nabi melainkan apabila dia bercita-cita (supaya kaumnya beriman kepada agama Allah yang dibawanya), maka Syaitan pun melemparkan hasutannya mengenai usaha Rasul atau Nabi itu mencapai cita-citanya; oleh itu, Allah segera menghapuskan apa yang telah diganggu oleh Syaitan, kemudian Allah menetapkan ayat-ayatNya dengan kukuhnya dan Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana(52). (Yang demikian) kerana Allah hendak menjadikan hasutan Syaitan itu sebagai satu fitnah cubaan bagi orang-orang yang ada penyakit kufur ingkar dalam hati mereka dan yang hatinya keras membatu dan sesungguhnya mereka yang zalim itu sentiasa berada dalam pertentangan yang jauh dari kebenaran(53). Dan juga supaya orang-orang yang beroleh ilmu mengetahui bahawa ayat-ayat keterangan itu benar dari Tuhanmu, lalu mereka beriman kepadanya, sehingga tunduk taatlah hati mereka mematuhinya dan sesungguhnya Allah sentiasa memimpin orang-orang yang beriman ke jalan yang lurus.(54)” (Surah Al-Hajj)

Oleh itu wahai sahabat2ku sayang pembaca sekalian,

Marilah kita sama2 memelihara kesihatan hati kita, agar kita tidak memiliki hati yang mati. Sentiasa berwaspada dengan bisikan-bisikan halus syaitan agar kita tidak terjerumus ke lembah kehinaan. Sesungguhnya syaitan itu begitu licik menggoda hati manusia, terkadang.kadang atu adakalanya kita tidak sedar bahawa kita telah jauh dari landasan Islam. Oleh itu, marilah kita sentiasa kembali kepada Allah swt, setiap saat dan setiap waktu serta jangan biarkan jiwa kita selesa  dengan maksiat dan mula meninggalkan ibadah-ibadah2  meskipun ibadah sunat. Hal ini disebabkan, apabila kita mula meninggalkan kebaikan sedikit demi sedikit, maka, kita akan lebih dekat dengan maksiat @ keburukan. Akhirnya, dari hati yang segar, ia mula berpenyakit, lalu ia mula merebak dan akhirnya mati. Sungguh hina dan rugi sekali apabila kita mati dalam keadaan kita  tidak dapat mengucapkan syahadah. Kita tidak kenal siapakah Allah..Nauzubillah. Lalu, mari lah kita melihat bagaimana tips  atau carauntuk kita sama2 memelihara kesihatan hati:






 1)      Bacaan Al-Quran dengan tadabbur: menghayati & memahami tuntutan ayat yang dibaca.
2)     - Perut yang kosong: tidak sentiasa dipenuhi makanan sepanjang masa.
3)      -Ibadah di malam hari : Qiyamullail.
4)  -Merendahkan diri di hadapan Allah pada waktu sahur (dinihari) : taubat & munajat.
5)     - Sentiasa mendekatkan diri di Taman2 Syurga: Majlis2 Ilmu

Sesungguhnya banyak lagi amalan2 yang dianjurkan oleh Islam sebagai langkah untuk menghindarkan diri dari memiliki hati yang berpenyakit dan hati yang mati. Oleh itu, marilah kita bersama2 menjaga kesihatan hati (roh) seperti mana kita begitu berhati2 menjaga kesihatan jasad dengan sentiasa melakukan Tazkiyatun Nafs (penyucian diri) iaitu amal soleh serta ketaatan yang jitu kepada Allah swt & RasulNya.. Wallahua’lam. Akhir kata ingin saya tutupi bait2 kalimah ini dengan sebuah doa:

“Ya Allah, Perbaikilah agama kami yang merupakan jalan penyelesaian segala masalah kami. Perbaikilah dunia kami yang menjadi penegak kehidupan kami dan perbaikilah akhirat kami yang akan menentukan akhir kesudahan kehidupan kami. Ya Allah, anugerahkanlah kami rezeki taqwa yang memperbaiki amalan dan akhlaq kami. Kami memohon rasa takut terhadap kemurkaanMu, mengharapkan keredhaanMu, dan selalu bergantung pada limpah rahmatMu. Anugerahkanlah kami rezeki  taqwa dalam sembunyi sebelum terang-terangan. Janganlah hinakan kami dengan bermaksiat kepadaMu. Jadikan kami cenderung dalam melaksanakan kebaikan serta membawa kebaikan terhadap seluruh insan. Wahai Rabb yang membolak balikkan hati, tetapkanlah kami di atas deenMu. Kabulkanlah wahai Dzat Yang Paling Rahim”

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
"Tidak ada anugerah yang lebih baik selain peroleh sifat sabar." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

up