Kasih Tiada Nokhtah



Tatkala sang bayu menghembus dedaun kehijauan.Kududuk seorang diri menghirup udara segar.  Sayup-sayup hatiku menahan sebak di dada.Perasaan yang terpendam di hati tak dapatku tahan.  Itulah kasih ibu. Kasihnya yang setia tak dapat di tebus dengan apapun walau dengan gunung emas .

"Ya Allah, 
Kau ampunilah kedua ibubapaku
kasihanilah kedua ibubapaku 
sebagaimana mereka mengasihaniku sewaktu kecil dahulu."

Selamat hari ibu ku ucapkan buat IBU tersayang, Junaidah Md Noh, juga buat arwah ibu Ani binti Russ. Syukran Laki Ya Ummie, Wa Ana Uhibbuki Jiddan!


Ketabahan serta kecekalanmu benar-benar begitu terkesan pada jiwaku. Hari ini 8 Mei, genap 4 bulan Engkau pergi meninggalkan kami semua. Namun kami pasrah menerima kehendak yang Maha Esa. Dia lebih menyayangimu. Kini Engkau telah pergi buat selamanya, jauh meninggalkan dunia, di alam yang cukup asing.. jauh di sana, tetapi ... Kami tahu dan kami yakin bahawa kita tetap hampir, kita cuma terpisah oleh dua alam yang berbezaKasih sayang kami anak2 tidak mungkin akan padam, jalinan dan tautan yang mampu kami sambungkan, hanyalah kiriman doa dan bacaan ayat-ayat suci, khas buat ibu di sana, tanda kasih daripada anak2mu yang jauh. Kami sedar bahawa kami tidak keseorangan. Kami sedar Allah amat mengasihi kami, sentiasa ada disamping kami. Walau kami kehilanganmu ibu, ia tidak bererti episod hidup kami berakhir. Bukan sekadar hari ini ucapan keramat itu di ungkapkan. Malahan setiap detik..ketika..dan saat..Bagiku adalah untukmu..kalaupun cinta kita tidak bertaut di dunia, biarlah ia bertaut di syurga.


Wahai ibuku,
Usahlah dirisaukan akan sesuatu yang telah tertulis untuk anakmu,
Sungguh Si Penciptanya lebih mengetahui apa yang terbaik untuk setiap ciptaanNya...
termasuklah aku, anakmu ini wahai ibuku..

Wahai ibuku, 
Sesungguhnya...
Aku begitu menginginkan untuk memiliki jiwa setabah mu,
Berjaya mendampingi hati seorang insan yang begitu kuat ikatannya dengan Ilahi,
Insan yang ku kenal sedari kecil seorang yang begitu istiqamah dalam ibadahnya...
tidak pernah membiarkan malam-malamnya berlalu sepi...
memastikan zuriat keturunannya mengenal akan Rabbnya,
engkau harungi segala dugaan dan kepayahan,
Hingga hari ini, kau sudah mampu tersenyum melihat kejayaan anak-anakmu...

Wahai ibuku,
Tarbiyyah yang telah diberikan Allah untukku masih belum cukup untuk aku menjadi sepertimu,
oleh kerana itu, hilangkanlah segala resah di hatimu...
lantaran melihat dugaan yang Allah datangkan untuk anakmu,
Maafkan aku andai ada kalanya aku terpaksa membohongimu,
Sekali pun engkau tidak pernah mendidikku untuk berbohong,
Tetapi itulah yang sebaiknya untukmu...
lantaran aku tidak sanggup untuk melihat raut kerisauan di wajahmu...
setiap kali engkau memandang tepat ke mata ku...
Akan aku tepis segala kedukaan di sudut yang paling jauh dan paling dalam di hatiku,
Agar engkau tidak sesekali dapat menemuinya...
Walaupun aku tahu, engkau sering berusaha untuk mencarinya...
saat engkau menerung tajam ke dalam mataku...

Maafkan aku wahai ibuku,
kerana Tuhanku hanya mendidikku jalan untuk membahagiakan hatimu,
bukannya jalan untuk menambah kedukaan dan kerisauan di hatimu...

Wahai ibuku,
Sebesar mana pun ujian yang perlu dihadapi anakmu,
Jangan lah sesekali engkau khuatiri,
Kerana Tuhanmu telah berkata la yukallifullahu nafsan illa wus'aha
cukuplah sekadar engkau meyakini akan janjiNya,
Kerana Penciptanya lebih berhak untuk mendengar dan memujuk hatinya...
lantas menguatkan jiwanya,
Hanya doamu yang ku pinta...
mengiringi setiap langkah perjalananku...
agar aku sentiasa di dalam redhaNya...

Wahai ibuku,
Sesungguhnya Allah sedang menyiapkan anakmu...
agar ia kembali dan tergolong antara penghuni seindah-indah perkampungan yang tidak dapat dibayangkan oleh fikiran manusia,
Oleh itu... bahagiakan lah hatimu...
Kerana Rabbnya masih di sisinya...melihat, menjaga, dan mentarbiyyah dirinya...
Moga kasih dan cintaku untukmu terus kekal hingga ke syurga,
kerana aku terlalu menyayangimu wahai ibuku.....


p/s: al-fatihah buat allahyarham Ani binti Russ, semoga rohnya kan terus dicucuri rahmat Illahi dan tenangnya setenang air danau yang indah di pusaranya.. Ya Allah, ampunilah segala dosa hambamu dan tempatkanlahnya di kalangan orang-orang yang solehah. Buat Ibuku Junaidah Md Noh, kami anak2 mu amat menyayangimu.  Terima KASIH atas limpahan kasih sayang juga pengorbanan yang Engkau berikan. Sungguh Engkau wanita istimewa. Allahuma Ameen. 

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
"Tidak ada anugerah yang lebih baik selain peroleh sifat sabar." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

up