Bicara Tanpa Suara



Bismillahirahmanirrahim

Wahai ALLAH yang menciptakan langit dan bumi yang bersifat keagungan dan kemuliaan, aku memohon kepadaMU wahai ALLAH yang Maha Pengasih dengan KeagunganMU dan Cahaya zatMU, agar Engkau sinari mata hatiku dengan KitabMU, Engkau tinggalkan segala isi KitabMU di hati dan lisanku, Engkau hilangkan kesusahan dari hatiku dengan KitabMU, Engkau lapangkan hatiku dengan KitabMU, sesungguhnya tidak ada yang menolongku atas kebenaran melainkanMU dan tidak ada yang Memberiku kebenaran kecuali Engkau dan tidak ada upaya untuk aku meninggalkan kemaksiatan melainkan Engkau yang membantu, tidak juga ada kekuatan untuk aku mengerjakan ketaatan kecuali dengan perrtolongan ALLAH yang Maha Tinggi lagi Maha Agung. 

Aku ingin mengadu, terus mengadu segala2 yang sedang bersarang di lubuk hatiku, tetapi bagaimana ya Allah?? Ayat apa yang harus aku susun?Isi hati apa yang harus ku luah? Sedangkan segala-galanya sentisa dalam pengetahuannMU,sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui. Aku mohon kekuatan darimu untuk aku menulis dan terus menulis. Berikan maghfirahmu ke atasku.Kurniakanlah bagiku RedhaMu.

"Dan di antara tanda-tanda kekuasaan Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikannya di antara kamu rasa kasih dan sayang.¨ 
(Ar-Rum: 21)

Penulisan kali ini ditujukan khas buat Bakal zaujku yang aku sendiri tidak ketahuinya

Bakal zaujku,
Dinikahi seorang wanita itu kerana empat perkara.. Pertama, kerana hartanya. Kedua,kerana keturunannya. Ketiga,kerana kecantikanny. Keempat kerana agamanya. Maka pilihlah hal keagamaannya, maka beruntunglah kedua-dua tanganmu…Jika agama yang lebih aulah buatmu, aku juga begitu.

Buat bakal zaujku yang dirahmati Allah,
Aku cuma menginginkan Engkau sedang dalam persediaan,melaksanakan persiapan. Persiapkan dirimu dengan persiapan yang cukup rapi.Walau siapapun Engkau,yang penting Engkau belajarlah,belajar dalam menambahkan lagi ilmu pengetahuanmu,agar suatu hari nanti Engkau mampu mengajar anak-anak, permata hatimu dengan ilmu yang Engkau ada.

Untukmu Bakal zaujku
Ketahuilah,aku tidak mahu Engkau berputus asa dalam mencari agama ALLAH,kerana pastinya aku disini sentiasa mendoakan Engkau agar sentiasa bersemangat menjulang panji-panji Allah,semoga Engkau mampu mencontohi Asadullah. Pastinya aku sentiasa bermohon pada Rabbku agar Engkau terus tegak dalam memperjuangkan kalimahNya walau dijengah mehnah lantaran zaman ini Engkau sendiri mengetahuinya,zaman ini adalah pengakhiran sebuah destinasi.Dunia sudah terlalu tua, ia hanya menanti masa.

Bakal zaujku, ketahuilah ALLAH ada menyebut dalam firmannya:

Hai manusia, sesungguhnya Kami ciptakan kamu, lelaki dan perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal. (Al-Hujarat:13)

Calon zaujku yang telah dijanjikanNya,

 "Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana itu Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan kerana mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian dari harta mereka". (An-Nisa':34).


Maha Suci ALLAH, dalam Surah An Nisa Allah jelas menunjukkan kemuliaan  bagi kaum yang bergelar wanita. Istimewanya wanita itu sehinggakan Allah menukilkan pesananNya dalam surah khusus buat wanita. Subhanallah. Dan itulah janji-janji Allah bahawa seorang wanita yang solehah itulah mutiara syurga buat suaminya walaupun kekayaan duniawi tidak terhampar di kakimu. 
Subhanallah


Buat bakal Zaujku,Kelemahan itu adalah kekuatan yang dikurniakan Allah buat kami sebagai wanita. Dari kelemahan itulah adakah Engkau tahu bahawa terletaknya rahim yang telah melahirkan seorang Rasul, seorang Nabi, seorang abid dan juga pejuang jihad yang Allah janjikan syurga demi setitis darah mereka?Ia lahir daripada jerih doa, penat lelah juga kesabaran  seorang bernama wanita. Aku ingin Engkau tahu, bahawa aku  ibarat tulang rusuk yang rapuh & bengkok, perlu berhati-hati untuk meluruskanya. Lantaran itu, janganlah Engkau hadir untuk menunjuk cengkaman kuku tajam di kaki, jgn juga mengugut dgn paruh berbisa. Hadirlah dgn setulus semangat di hati, bahawa antara kita perlu sentiasa perbaiki diri.

Bakal zaujku yang dirahmati,
Jika asas baitul muslim itu kukuh, tidak mustahil ia mampu melahirkan pejuang-pejuang agamaNya yang berpedangkan takwa dan berperisaikan iman. Di hati mereka bercahaya dengan kasih sayang iIlahi kerana mereka lahir daripada bait-bait penyatuan dua jiwa yang hidup berbumbungkan sunnah berpelitakan al-Quran, berdindingkan wasatiah dan qanaah. Itulah hakikat sebuah baitul muslim. Cukuplah setakat ini dahulu,buat waktu ini,ketika ini. Insyaallah kelak aku pasti akan kembali menulis untukmu.Namun, doaku padamu tidak pernah berakhir. Seperti doaku pada ALLAH Rabbul Izzati, moga saf antara aku juga Engkau akan bersama-sama melalui siratul mustaqim yang lurus menuju jannahNya yang dirindui. InsyaAllah.



Ya allah,aku bermohon kepadamu Ya Allah
kurniakan bagiku bakal zauj yang mencintaiMu lebih dari segala sesuatu
 Seorang zauj yang akan Kau pilih menjadi sebahagian daripada hidupku
Seorang zauj yang hidup bukan untuk dirinya sendiri tetapi untukMu
Seorang zauj yang tidak hanya mencintaiku tetapi juga menghormatiku
Seorang zauj yang mampu mendidik diriku menjadi seorang muslimah
Seorang zauj yang akan menguatkan lagi agama di dalam hatiku
Seorang zauj yang dapat menjadi sahabat terbaikku dalam setiap waktu dan situasi
Seorang zauj yang dapat membuatku rasa sebagai seorang wanita ketika berada di sisinya

Dan aku memohon ya ALLAH..

Berikan aku sekeping hati yang sungguh mencintaiMu, sehingga aku dapat mencintainya dengan cintaMu, bukan mencintainya dengan sekadar cintaku,berikan kepadaku tangan supaya aku mampu berdoa untuknya,kurniakan aku mulut yang penuh dengan kata-kata kebijaksanaanMu dan pemberi semangat kepadanya


AMIN YA RABBAL ALAMIN

p/s Dalam 1 kulliyah yg disampaikan oleh Ustaz Badlishah, antara tips untuk menjadikan baitulmuslim itu sebahagian daripada gedung pahala ialah dengan

ü  Masing-masing faham & memainkan peranan..sebagai contoh suami melaksanakan  tanggungjawab memberi nafkah sementara isteri memberi ketaatan kepada suami.
ü  Berbangga dengan kelebihan yang dimiliki pasangan masing-masing
ü  Menerima kelemahan zauj atau zaujah seadanya
ü  Berkahwin bukan hanya untuk membina masjid, tetapi yang lebih penting  bagaimana untuk  memastikan masjid itu terus 'hidup' dengan suluhan iman & islam. Imam dan makmumnya sama-sama mendapat kebaikan dan kasih sayang serta cinta yang disuburkan didalamnya kekal hingga ke syurga kelak.



1 comments:

~SEORANG HAMBA~ said...

ameeen~ moga dipertemukan dgan seorang zauj y soleh. :)
ayuh sama2 kita persiapkn diri sbelum melangkah ke alam baitul muslim, sebelum mnjadi pedokong gerakan dakwah bakal zauj, dan sebelum mnjadi ibu kpada bakal pewaris pejuang Allah. i'Allah. ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
"Tidak ada anugerah yang lebih baik selain peroleh sifat sabar." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

up