Andai ini sujud terakhirku


Jika ini sujud terakhirku ya Allah,
Aku ingin ampunkan segala dosa manusia terhadapku, tidak kiralah yang terdahulu ataupun yang akan datang
Tidak kiralah yang aku pernah bersumpah bahawa aku tidak akan ampunkan, aku ampunkan dosa2 mereka ya Allah
Kerana aku juga tidak mahu mereka atau yang lain turut berdendam sekiranya aku ada berbuat salah pada mereka

Jika ini sujud terakhirku ya Allah,
Engkau ampunkanlah dosa kedua ibu bapaku,
Engkau tempatkanlah mereka di dalam syurgaMu.
Engkau peliharalah mereka lebih daripada mereka memeliharaku sejak kecil
Engkau kasihanilah ibuku yang mengandungkanku selama 9bulan 10 hari
Engkau balaslah dengan ganjaran yang banyak terhadap ibu bapaku yang berpenat lelah mencari rezeki


Engkau ampunkanlah dosa2ku dan dosa2 mereka yang pernah kuderhakai
Ampunkanlah dosa kedua ibu bapaku ya Allah..
Kerana aku begitu menyayangi mereka.

Jika ini sujud terakhirku ya Allah,
Kumohon daripadaMu, moga Engkau peliharalah adik-beradikku,
Peliharalah iman mereka Ya Allah,
Jadikanlah mereka pejuang agamaMu,
Jadikanlah mereka anak2 yang soleh dan solehah, yang sentiasa menjaga kebajikan orang tua mereka..
Jadikanlah mereka anak2 yang lembut hatinya, kuat ibadahnya, rajin dalam berusaha, serta menjadi pendokong agama-Mu ya Allah,
Terima kasih kerana meminjamkan mereka kepadaku buat seketika..

Jika ini sujud terakhirku ya Allah,
Moga2 ini sujud terakhirku, kerana aku mengimpikan mati dalam keadaan bersujud,
Namun kutahu aku tidak layak untuk memohon semua itu,
Aku ini hamba yang hina,
Aku hanya tahu meminta ganjaran daripadaMu,
Sedangkan usahaku langsung tidak sepadan dengan ganjaran yang diharapkan
Aku bertekad akan berusaha bersungguh2,
Namun kutahu segala ibadahku belum tentu akan diterima olehMu,
Kerana aku hamba yang hina,
Kerana aku seorang yang selalu meninggalkan solat,
Kerana aku seorang yang selalu laiai dalam menunaikan solat dan melambat-lambatkan solatku,
Kerana aku seorang yang tidak dapat mengawal nafsuku daripada melakukan maksiat,
Aku tewas ya Allah, aku tewas dengan kejahatanku, aku tewas dengan ajakan syaitan.

Jika ini sujud terakhirku ya Allah,
Aku tahu Engkau berhak mencabut nyawaku ketika aku belum sempat mengangkat kepalaku untuk duduk tahiyyat akhir,
Kerana mati itu lebih dekat daripada urat di leherku.

Jika ini bukan sujud terakhirku ya Allah,
Aku berharap semoga aku dapat melakukan ibadah yang dapat mendekatkan diriku kepadaMu,
Aku ingin menjadi pejuang agamaMu,
Tetapi segala kekuatan hanyalah datang daripada-Mu,
Hanya Engkau ya Allah yang mampu kuluahkan segala rasa,
Kerana manusia pasti tidak dapat membantuku,
Ya Allah, semoga selepas ini aku dapat menunaikan segala amanahku,
Terhadap orang di sekelilingku,
Terhadap mad’u ku,
Ya Allah, tiada yang kupinta melainkan redhaMu,
Aku ingin sekali menjejak syurgaMu, namun kutahu aku belum layak, malah pantas sekali api neraka menarikku,
Kerana banyaknya dosaku padaMu, aku jadi malu terhadap diriku sendiri,
Kerana aku selalu meminta tetapi tidak pula memberi,
Tetapi hanya redhaMu yang mampu selamatkan aku daripada percikan api nerakaMu..
Aku ingin bertemu dengan-Mu dalam keadaan yang Engkau redha padaku,
Dalam keadaan yang Engkau tidak murka padaku,
Aku telah berusaha sedaya upayaku agar Engkau redha dengan setiap perbuatanku,
Namun aku lemah dalam hubunganku sesama manusia,
Aku tidak mampu melakukan apa yang tidak kusuka,
Aku jadi susah menundukkan egoku,
Kerana hatiku keras dan hitam,
Kerana aku hanyalah seorang manusia biasa,
Yang hanya tahu meminta..

Ya Allah, aku ingin melihat hubungan yang akrab,
Antara aku dan adik beradikku,
Antara aku dan sahabat-sahabatku,
Kuatkanlah mereka, jadikanlah mereka pejuang agamaMu,
Hanya Engkau tempatku meminta

Wahai Tuhanku,
Mungkin Engkau tidak suka kerana aku banyak meminta,
Dan tidak banyak memujiMu,
Tetapi aku tahu hanya Engkaulah satu-satunya tempat untukku meminta,
Tidak mampu untukku serahkan permintaanku pada manusia,
Kerana mereka tidak mampu untuk membuat apa-apa.
Kerana Engkaulah Tuhan yang Maha Mengetahui,
Kerana Engkaulah Tuhan yang Maya Pemurah,
Kerana Engkaulah Tuhan yang Maha Penyayang,
Kerana Engkaulah Tuhan yang Maha Bijaksana,
Kerana Engkaulah segala-galanya..
Kerana aku hanya ada Engkau, dan aku tahu Engkau Maha Mendengar setiap keluhan dan permintaan daripada hambaNya..

Jika ini sujudku yang terakhir.....
semoga aku beroleh kematian husnulkhotimah, 
amiiin ya Rabb

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
"Tidak ada anugerah yang lebih baik selain peroleh sifat sabar." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

up