Hijrah



HIJRAH? Apa yang kita faham tentang maksud HIJRAH. Kita sentiasa sering kaitkan hijrah ialah, penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w bersama sahabatnya dari Kota Mekah ke Kota Madinah. Tapi, apakah yang kita faham dengan maksud hijrah yang bertepatan dengan situasi pada masa kini? Bagi DIRI saya sendiri, hijrah ialah satu perubahan dari buruk kepada baik, dan dari baik kepada lebih baik. Sebagai manusia, kita jangan pernah berhenti untuk terus melakukan penghijrahan, kerana kita semua tidak sempurna.

HIJRAH memerlukan PENGORBANAN yang sangat besar...
Namun,janganlah kita sekali-kali berhenti. Dalam banyak tempat dalam Al-Quran, Allah menyatakan bahawa manusia akan diuji. Diuji, dan terus diuji hingga diyakini, siapa yang dalam kalangan kita yang benar-benar 'bulat' hatinya untuk mencari wajah-Nya.

Allah tahu segalanya. Dia tahu bahawa kita ada limit atau batasan. Kita tidak akan mampu terus berubah dengan mendadak. Kita hanya akan mampu berubah, sedikit demi sedikit. Jika kita tidak mampu menjadi manusia yang terbaik, maka kita latihlah diri menjadi manusia yang baik. Lama-kelamaan, pasti kita akan dapat jadi yang terbaik. InsyaAllah..

Jangan pedulikan cakap orang. Bukankah kita mahu berubah kerana Allah? Pandangan Allah itu jauh lebih penting daripada pandangan manusia.

Semoga kita terus istiqamah dalam penghijrahan ke arah yang lebih baik dan semoga redha ALLAH selalu bersama...amin.

Beruntunglah kita andai kita sentiasa berada di dalam keredhaan ALLAH kerana HIJRAH yang kita lakukan..ingatlah kita BERHIJRAH untuk mengubah kehidupan AKHIRAT & mencari keredhaan ALLAH.....



p/s : "Hijrah ialah satu perubahan dari buruk kepada baik, dan dari baik kepada lebih baik"





Read more>>

Mukhsinin




Firman Allah yang mafhumnya,

"Dan segeralah kamu mecari keampunan dari Tuhanmu dan mendapatkan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan bagi orang-orang yang bertakwa. (Iaitu) orang yang berinfak, baik di waktu lapang mahupun sempit, dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan (kesalahan) orang lain. Dan Allah mencintai orang yang berbuat kebaikan. Dan (juga) orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menzalimi diri sendiri (segera) mengingati Allah, lalu memohon ampunan atas dosa-dosanya, dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa-dosa selain Allah ? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan dosa itu, sedang mereka mengetahui. Balasan bagi mereka ialah ampunan dari Tuhan mereka dan syurga-syurga yang mengalir dibawahnya sungai-sungai , mereka kekal di dalamnya. Dan (itulah) sebaik-baik pahala bagi orang-orang yang beramal."

(Ali-'Imran:134-136)

Mohon la padaNya.

"Ya Tuhan kami, ampunilah dosa-dosa kami dan tindakan-tindakan kami yang berlebihan (dalam) urusan kami dan tetapkanlah pendirian kami, dan tolonglah kami terhadap orang-orang kafir"
(Al-'Imran:148)

Wallahua'lam
Read more>>
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
"Tidak ada anugerah yang lebih baik selain peroleh sifat sabar." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

up