Doa Solusi Terbaik, Ajaib




Assalamualaikum sahabat semua, hari ni saya nak kongsi satu kisah yang menyentuh hati bagi sesiapa yang merasa, berkenaan doa. Doa itu solusi, suatu penyelesaian bagi apa saja masalah. Percaya dan yakin hanya pada Allah. Doa itu usaha kecil kita. Sungguh-sungguh berdoa, InshaAllah akan Allah kabulkan.

Bismillah…
Kisah ini diceritakan oleh Anas,..Seorang sahabat Rasulullah صلى الله عليه وسلم  iaitu sahabat Ansar yang dikenal dengan nama Abu Mu’laq adalah seorang ahli ibadah yang sangat menjaga diri. Dia juga dikenali sebagai ahli perniagaan yang hebat. Kerana kehebatannya, dia sering dijadikan contoh. 


Suatu hari, dia pergi ke pasar. Seorang perompak menahannya. Si perompak itu bertopeng dan bersenjata. “Letakkan hartamu, sebab aku akan membunuhmu,” kata si perompak. “Adakah engkau menginginkan darahku? Ambillah hartaku,” Kata Abu Mu’laq. “Kalau harta itu, jelas akan aku peroleh, tetapi sekarang aku tidak ingin selain merampas darahmu,” gertak si perompak. “Baik, kalau engkau enggan memenuhi sarananku, biarkan aku solat empat rakaat dulu,” kata Abu Mu’laq pula. Kata si perompak, “Silakan kalau cuma sekadar solat.”Abu Mu’laq lantas berwudhu dan mengerjakan solat empat rakaat.

Antara doanya diakhir sujud, yang maksudnya; “Wahai Zat yang Maha Pengasih, Wahai Zat Pemilik Arsy yang mulia, Wahai Zat yang mengerjakan segala yang diinginkanNya, Aku meminta kepadaMu dengan kemuliaanMu yang tidak mungkin boleh ditandingi dan dengan kerajaanMu yang tidak mungkin boleh digenggam dan dengan cahayaMu yang memenuhi penjuru singgahsanaMu, agar Engkau menghindarkan aku daripada kejahatan perompak ini. Wahai Zat yang Maha menolong, tolonglah aku, Wahai Zat yang Maha menolong, tolonglah aku, Wahai Zat yang Maha menolong, tolonglah aku, Wahai Zat yang Maha menolong, tolonglah aku.” Abu Mu’laq mengulangi doanya sebanyak tiga kali.

Tiba-tiba datang seorang penunggang haiwan yang membawa tombak, dia mengangkat tombak di antara kedua telinga haiwan kenderaannya. Ketika dia melihat perompak tadi, dia menghampirinya dan ditusukkannya tombak itu dan berjaya membunuhnya. Kemudian penunggang tadi menemui Abu Mu’laq dan berkata, “Bangkitlah.” Abu Mu’laq bertanya, “Siapakah engkau sebenarnya? Allah menolongku dengan perantaraanmu hari ini.”

“Aku adalah malaikat penghuni langit keempat, ketika aku mendengar doamu yang pertama, di langit ada suara bergemuruh. Ketika engkau memanjatkan doamu yang ketiga kalinya, aku mendengar suara,’ini adalah suara orang yang sedang dalam kesusahan’. Terus sahaja aku memohon kepada Allah agar menjadikan aku sebagai pembunuh perompak itu,” demikian bicara malaikat itu kepada Abu Mu’laq.

Allah… Sungguh menyentuh hati kan.? :’) Pertolongan Allah dari arah yang tidak disangka-sangka. Anas mengulas cerita ini, perhatikan, siapa yang berwudhu dan solat empat rakaat dan memanjatkan doa ini, doanya akan dikabulkan, samaada ketika dia dalam kesusahan atau tidak. InshaAllah. Yang terpenting bagi kita, bukanlah kisah Abu Mu’laq ini, tetapi mampu kah kita menjadi seperti Abu Mu’laq ini?

Yang menjadikan doa sebagai jalan penyelesaiannya dalam menghadapi kesusahan. Allahu Allah. Ramai antara kita yang lupa akan kepentingan berdoa ini, ramai yang meperlekehkan usaha doa ini. Sedarlah wahai sahabat, Allah itu Maha Kuasa, Maha Pengasih, Maha Pemberi, maka, mintalah apa saja yang baik daenganNya, nescaya akan Allah kabulkan. 

Kalau berdoa 3 kali pun tak dapat, tambahlah lagi 4 kali. Janganlah cepat berputus asa, gandakan doa, sungguh-sungguh dan jaga adab berdoa. InshaAllah. Allah akan kabulkan. Jangan bersedih. Bangkitlah! :’) Moga ada manfaatnya untuk semua. InshaAllah.

#Kisah ini saya kongsikan dari Buku Dahsyatnya energi Syukur, Istighfar, Muhasabah. Karangan Muhammad Azhar.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
"Tidak ada anugerah yang lebih baik selain peroleh sifat sabar." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

up